THEM.

Monday, 22 April 2013

Novel : Ofa Dan Cipa Bab 5


BAB 5


            “Yang kau tercegat macam Tugu Negara depan butik ni kenapa?” sergah Nana. Pelik melihat Syifa masih lagi berdiri depan butik pengantin Alya’s Bridal. Butik pilihan Nenda Tengku Fauziah!

“Aku rasa macam lain. Takut pun ye.” Nana disebelah dipandang. Hai, hati. Kenapa berdebar semacam ni? Cuak bagai nak rak. Jangan macam ni, satgi kantoi dengan Nana karang, susah.

“Ada pulak macam tu? Syifa, kita dah ada depan butik dah ni. Kau cakap Nenda Naufal ada sekali kan? Nak takut apanya? Dahla, jangan nak banyak hal. Aku heret kau karang,” ugut Nana. Syifa semakin gementar.

“Kau yang excited macam kau nak kahwin ni kenapa?”

“Mau tak excited? Mestilah aku excited nak tengok kau pakai baju pengantin. Mesti cantik kan?” Syifa tepuk dahi. Melalut dah lebih ni.

“Eee, kau punya imagination dah over limit lah.” Nana ketawa riang.

“Dah, jom masuk!”

Nana dan Syifa melangkah masuk dalam Alya’s Bridal Boutique. Sekejap Nana dah melopong. Mak uih! Untunglah Syifa kahwin dengan orang kerabat. Dapat merasa pakai baju pengantin mewah. Terselit sedikit rasa cemburu dihati Nana, namun ditepis jauh-jauh.

“Hello, welcome to Alya’s Bridal Boutique, may I help you?” sapa penyambut tetamu itu dengan ramah.

“Saya, Syifa Adrianna. Boleh saya tahu tak Tengku Fauziah dah datang ke belum?”

“Oh, ni bakal cucu menantu Tengku Fauziah ye? Tengku dah sampai dah. Sini ikut saya.” Syifa dan Nana ikut langkah kaki si penyambut tetamu.

*****

            “Alya, nilah bakal cucu menantu saya, Syifa Adrianna. Syifa, ni wedding planner for your wedding nanti.” Perkenal Tengku Fauziah. Alya dan Syifa bersalaman.

“Cantik! Sesuai dengan Naufal,” komen Alya. Syifa tersenyum cuma. Tak payah lah nak puji lebih-lebih, nanti karang tak pasal-pasal aku perasan. Ops!

“So, Syifa. I dah design baju pengantin yang special for you. Lagipun, Tengku cakap dia nak baju ala-ala macam Kate Middleton. Mesti cantik bila you pakai,” kata Alya.

Baju pengantin yang tersadai diatas meja itu, diangkat tinggi. Nana yang duduk sebelahnya dah terlopong. Memang cantik! Sangat-sangat cantik! Dan sebijik macam baju pengantin Kate Middleton & Putera William dan Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim! Cuma bezanya, potongan leher tidak begitu luas. Adakah dia akan kelihatan cantik ketika memakai baju pengantin itu seperti cantiknya Kate Middleton dan Lisa Surihani?

“You try okay. Fitting room belah kiri sana.” Alya hulur gaun pengantin itu. Syifa pandang Tengku Fauziah. Tengku Fauziah tersenyum manis. Dia pandang pula Nana. Nana angguk kepala. Perlahan kaki diatur ke fitting room.

*****

            Didalam fitting room, Syifa semakin gelabah. Entah mengapa, hatinya terasa berdebar. Gaun pengantin itu sudah siap tersarung ditubuh. Cantik! Memang cantik! Padan dengan dirinya. Betul ke apa yang aku buat ni? Selepas beberapa kali menghembus nafas, Syifa melangkah keluar. Kaki diatur ke arah Tengku Fauziah, Alya dan Nana.

“See, I told you. Cantik sangat. Now, I try pakaikan you dengan tiara dan veil ni. Sit here,” arah Alya. Oh, tiara pun dah sebijik macam Kate Middleton punya!

Rambut yang tadi dijalin kemas itu, kini sudah dirungkai. Tangan Alya lembut bermain-main dengan rambutnya. Rambut Syifa yang lurus itu diblow dibahagian bawah. Kemudian, rambut dibahagian tepi kiri dan kanan diambil sedikit, dibawa dan diikat dibahagian belakang. Rambut dibahagian depan pula dikemaskan. Veil dan tiara selamat dipakaikan. Semakin terserlah kecantikan Syifa. Nana tidak berkelip memandang sahabatnya.

“So, how Tengku? Puas hati dengan hasil I?” Alya bertanya.
“Amazing! I like. So, about baju masa akad nikah?”

“Oh, yang tu. I dah siapkan. Nah,”

Tengku Fauziah menyambut huluran Alya. Hmm, cantik! Baju kurung moden yang berwarna putih polos itu menarik perhatian Syifa. Bahagian pergelangan tangan dan hujung baju itu sarat dengan batu permata yang berkilau. Kain pula abstrak dengan kain lace namun dilapik dengan kain satin. Juga sarat dengan batu permata.

“Syifa suka?” tanya Tengku Fauziah. Kepala Syifa dah terangguk-angguk seperti burung belatuk. Gila tak cantik!

“Good then. Lepas ni kita shopping barang hantaran pula tau.” Tengku Fauziah dah beri kata putus. Syifa garu kepala. Haila, saving belum cukup lagi ni Nenda.

“Errr… Nenda, Syifa rasa tak boleh lah.” Tengku Fauziah kerut dahi.

“Why?”

“Saving Syifa tak cukup lagi.” Terus Syifa patah tengkuk. Malu mahu mengadap wajah Nenda kesayangan Naufal. Tengku Fauziah senyum simpul.

“It’s okay my dear. Naufal tak bagitau Syifa ke yang semua benda Nenda sponsor? Dari hantaran hingga ke tempahan makanan. Semua under Nenda.” Syifa dan Nana dah melopong. Biar betul? Uiks, tuah betul si Syifa ni.

“Naufal lupa kut tu Nenda. Lately ni pun dia ada cakap yang dia banyak kerja.” Syifa senyum buat-buat. Yo o-o la tu Naufal nak bagitau kau yang dia busy. Memandai ye kau ni Syifa!

******

            Tepat jam 3 petang, mereka tiba di Pavillion. Syifa dimaklumkan bahawa Naufal turut sekali. Fuh! Nasib baik Naufal ada sekali, boleh dia cover line sikit. Nak harapkan aku, memang tergagap tak habis-habis. Nanti mau kantoi. Nak kena hadap marah family Naufal lagi, marah Nana lagi. Belum masuk Mel.

“Ya Allah budak ni, dia termenung pulak. Hai Syifa, cik abang dah ada kat sebelah, kau ingat kat siapa lagi?” sergah Nana. Syifa terpinga. Dia tersengih menutup malu.

“Errr… tetiba rasa rindu kat Mel. Dah la tak balik masa aku kahwin nanti.”

“Ala, nanti masa kau nikah dengan sanding, aku video call lah dengan Mel. Mesti meriah gila kan? Atotototo, dah tak sabar ni.” Eh Nana ni. Dia pulak yang lebih-lebih. Syifa dah sengih plastik. Tak sanggup rasanya menahan penipuan semua ni.

“Kalau macam tu, kahwin la cepat-cepat,” kata Tengku Fauziah sambil tersenyum.

“Ala, bukan Nana tak nak kahwin Nenda, calon yang tak ada.” Nana tayang muka sedih. Hamboiii, berdrama pulak kat sini!

“Nak Nenda carikan calon?” Nana sengih.

“Nana bergurau jelah Nenda. Nana tak nak kahwin lagi. Tak puas lagi enjoy.” Naufal cebik.

“Eleh, straight to the point jela yang kau ni tak laku.” Pecah tawa yang lain. Nana dah cemberut!

No comments:

Post a Comment