THEM.

Monday, 15 April 2013

Novel : Ofa Dan Cipa Bab 3


BAB 3


            Jam menunjukkan pukul 4.45 petang. Naufal dan Syifa berlari masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa, KLIA. Boleh tahan ramai jugak orang padahal bukan musim cuti sekolah pun.

“Kau lah ni. Kan dah lambat,” rungut Syifa. Naufal kerut dahi. Aik? Dia yang lambat pilih hadiah, aku yang kena?

“Apa aku pulak? Kau yang lambat pilih jam tu.” Naufal bela diri. Syifa berdecit. Kepala yang buat pusingan tiga ratus enam puluh darjah mencari kelibat Nana dan Mel. Paper bag masih erat digenggam.

“Naufal! Syifa!”  Kelihatan Nana melambai tangannya. Pantas kaki Naufal dan Syifa bergerak ke arah mereka.

“Babe, aku ingat korang tak datang.” Mel dah peluk Syifa kuat.

“Mana boleh aku tak datang. Kawan nak terbang pergi Oxford kot.” Syifa tarik sengih. Pelukan dileraikan. Kalau nak tunggu Mel yang leraikan, mahu sampai UK dia tak lepas.

“Naufal, nanti mesti aku rindu nak buli kau.” Naufal dah bulat mata. Mana taknya, dalam ramai-ramai, dia selalu kena buli oleh Mel.

“Ada hikmah Allah kasi kau terbang jauh-jauh.” Giliran Mel pula bulat mata. Kurang garam sup ayam betul mamat ni. Nana dan Syifa dah ketawa.

“Sedih sikit untuk aku boleh tak?” Naufal pamer gigi. Pengumuman perlepasan ke United Kingdom sudah kedengaran. Suasana antara Naufal, Mel, Nana dan Syifa semakin sendu.

“Mel, ni aku dengan Naufal ada belikan kau jam. Kau buanglah jam buruk RM10 pasar malam kau tu. Ni, kami gantikan yang baru.” Mel yang sedang teresak itu tergelak kecil. Beg Prada itu disambut. Sekali lagi 
tubuh kecil Syifa dipeluk erat.

“Thanks Syifa. Aku sayang kau sangat sangat sangat sangat sangat!”

“Aku pun sayang kau Mel. Jangan lupa kami especially aku. Kalau tak, aku tumbuk kau.” Mereka ketawa.

Pelukan terlerai. Mel capai bagasi. Sukar untuk dia meninggalkan Malaysia, bumi dimana tumpah darahnya, tempat lahirnya. Namun demi menuntut ilmu, dia terpaksa. Terpaksa meninggalkan sahabat yang setia bersama dikala dia menangis. Dikala dia ketawa kegembiraan.

Tadi sebelum berangkat ke KLIA, dia sempat singgah di Rumah Kebajikan Penyayang. Dimana dia, Nana dan Syifa membesar. Rumah dimana dia mengenal erti bersyukur dalam hidup. Tempat dimana dia mengenal erti tabah disaat kehilangan. Selama 21 tahun dia tidak pernah lupa untuk pergi ke rumah itu. Namun disaat ini, dia terbang jauh. Jauh mencecah awan biru. Jauh dari sahabat yang sentiasa melindunginya. Perginya seorang diri. Ya Allah, Kau lindungilah hambaMu ini.

Perlahan kaki diatur ke balai berlepas. Passport dihulur kepada pegawai yang bertugas. Kian sesak dadanya apabila kaki bergerak ke arah eskalator. Tubuhnya dibawa kebawah namun sempat lagi dia melambai ke arah sahabatnya. Selamat tinggal sahabat, panjang umur jumpa lagi!

****

            Syifa letak punggung dikerusi yang disediakan. Sesak dadanya menahan sebak. Mel dah selamat cecah awan biru. Jika empat bulan yang lepas mereka kehilangan Kashaf, kini mereka terpaksa merelakan pemergian Mel. Semoga kau dapat penuhi cita-cita kau, Mel!

Syifa bawa pandangan matanya sekeliling airport. Hobinya memerhati gelagat manusia. Kadang-kadang tengok gelagat manusia ni lepas stress. Naufal dan Nana disebelah yang sedang berbual itu tidak dihiraukan. Tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh seperti Kashaf. Seperti terkena kejutan elektrik, Syifa berdiri.

“Kau kenapa?” Nana dan Naufal sudah berdiri disebelahnya.

“Aku rasa aku nampak Kashaf.”

“What?!” Serentak Nana dan Naufal terkejut. Syifa dah berlari dicelah orang ramai. Nana dan Naufal turut mengekori. Bimbang jika terjadi apa-apa.

“Syifa, aku rasa kau salah oranglah. Mana mungkin tup-tup dia muncul.” Nana melepaskan lelahnya. Penat dia mengekori larian Syifa.

“Betul, aku nampak dia. Lagipun dia tahu kan tarikh Mel berlepas?” Naufal angguk. Kian hebat detakan jantung Syifa.

Ya! Dia yakin. Susuk tubuh yang dilihat tadi adalah milik Kashaf. Milik lelaki yang dirindui siang malam. Tapi kenapa Kashaf melarikan diri? Kenapa Kashaf tidak mahu berjumpanya? Persoalan demi persoalan bermain dibenaknya membuatkan Syifa semakin sebak.

“Syifa, kita balik okay?” pujuk Nana. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Syifa tertekan. Dia tahu seksa rindu yang ditanggung oleh sahabatnya. Tangan Syifa ditarik supaya mengekori langkahnya.  

***

            Syifa berkurung di dalam bilik. Makan tak nak, minum pun tak nak. Ajak keluar cakap letih. Nana dah pening kepala. Tak sampai 24jam Mel pergi dia dah mabuk sorang diri melayan kerenah Syifa. Bukan merungut tapi dia tak boleh menangani keras kepala Syifa. Hanya Mel seorang sahaja yang mampu sabar dengan kerenah Syifa.

“Syifa, makan lah sikit. Nanti perut kau sakit masuk angin kang susah pulak.” Nana cuba memujuk lagi. Dah rasa macam tugu negara duduk tegak depan pintu bilik Syifa yang dari tadi tak bukak-bukak.

“Tak nak! Aku tak lapar!” Syifa melaung dari dalam bilik.

Nana mengeluh. Mel, ketahuilah kau bahawa aku sangat memerlukan kau disaat ini. Nana tarik nafas panjang. Cuba menenangkan perasaan sendiri yang kadang-kala tercabar dengan kerenah Syifa.

“Tu mulut kau yang cakap tapi perut kau? Syifa, keluarlah.” Lama Syifa terdiam. Menimbang pujukan Nana barangkali.

Tiba-tiba tombol pintu bilik bergerak. Nana yang bersandar pada pintu itu, berdiri tegak. Terjengul wajah sugul Syifa.

“Kita makan kat luar eh. Aku belanja.” Nana tukar taktik. Biasanya Syifa pantang dengar kalau orang nak belanja. Laju je dia mengangguk.

Tapi kali ini berbeza. Kepala Syifa geleng. Haila, cenggini punya brutal kawan aku boleh jadi lembik sebab putus cinta? Hebat betul penangan cinta Kashaf.

“Kalau tak nak keluar, nak makan apa? Dalam rumah ni ada dua bungkus Maggie kari je lagi,” kata Nana.

“Habis tu yang kau ajak aku makan jugak kenapa?” Nana tepuk dahi. Sabar Nana. Tarik nafas. Breath in, breath out. You can handle this.

“Bila aku ajak kau makan time maggie je ada dalam cabinet dapur, that’s mean, yang aku nak belanja kau, 
faham?”

“Tapi aku tak lapar.”

Suhu kemarahan Nana dah mencecah tahap seratus darjah celcius. Syifa betul-betul menguji kesabarannya.

“Syifa Adrianna, sepanjang hari ni cuba kau bagitau aku apa yang kau makan?”

Dalam kebingungan, Syifa mengeleng.

“Haa, perut kau tu kosong. Nothing. Zero. Empty. Bila perut kau kosong kosong macam lagu Najwa Latif tu maknanya kau kena makan. Kalau tak, kau akan dapat penyakit gastrik. Ada faham?”

“Yela, yela. Kita keluar makan. Tunggu sat, aku nak siap.”

No comments:

Post a Comment