THEM.

Monday, 15 April 2013

Novel : Ofa Dan Cipa Bab 2


BAB 2
         
            
              Sedar tak sedar, sudah lima tahun persahabatan antara Syifa, Naufal, Nana, Mel dan Kashaf terjalin. Banyak kenangan pahit dan manis berlaku. Semua itu masih segar dalam otak masing-masing. Mereka bagaikan adik-beradik yang sangaat sweet dan perasaan cinta antara Syifa dan Kashaf masih juga tidak menjejaskan persahabatan mereka.

“Cipa, teman aku tengok wayang yok,” ajak Naufal. Syifa yang sedang menghiaskan sebiji kek itu mengeleng.

“Malas ah. Aku penat.” Naufal mencebik.

“Kau malas ke kau frust?”

“Kenapa aku nak frust pulak?”

“Kau ingat aku tak tahu ke yang Kashaf tu dah hilang empat bulan?” Okay, mulut tempayan mana yang pecahkan rahsia ni? Nana ke Mel?

“Mana kau tahu dia hilang?”

“Come on lah Cipa. Dia kawan aku juga. Impossible lah kalau aku tak tahu.” Part ni aku lupa.

“Kau tahu dia pergi mana?” Paip aising kek itu diletak tepi. Tubuh dibalikkan mengadap Naufal yang duduk ditepi singki.

“Tak. Last aku contact dengan dia tiga minggu lepas. Tapi dia tak bagitahu pulak dia ada kat mana.” Penjelasan Naufal tidak memberi sebarang harapan kepada Syifa. Patah seribu hatinya mendengar khabar bahawa Kashaf meninggalkan mereka tanpa sebarang berita. Hilang tanpa dijejak. Hilang dengan sendiri. Kashaf, apa salah kami?

“Dahla. Kau tak payah la nak sedih-sedih macam ni. Dia mungkin ada alasan yang kukuh kenapa dia pergi macam tu aje. Mungkin dia tak nak kau susah hati.” Naufal cuba memujuk Syifa yang kian tenggelam dengan perasaan itu.

“Tak payah sedih? Tak nak aku susah hati? Macam mana aku tak sedih kalau orang yang aku sayang hilang macam tu je? Macam mana aku tak susah hati kalau orang yang aku cinta pergi tanpa pamitan? Dia dah janji nak sehidup semati dengan aku Ofa, tapi dia tipu aku!”

Mata dan hidung Syifa merah menahan tangis. Alamak! Salah cara ni. Aduii, Cipa kau jangan nangis, aku tak reti nak pujuk! Naufal terjun dari tempat duduknya. Dia berjalan mendekati Syifa. Bahu Syifa dipegang lembut.

“Cipa, kau jangan nangis macam ni. Kalau betul dia sayang dan cintakan kau, dia akan kembali. Kau berdoa banyak-banyak okay? InshaAllah dia kembali. Cipa, kau dengar tak cakap aku ni?” Dagu Syifa dipaut lalu ditarik agar mengadap mukanya.

“Cipa, Allah tak uji hamba-Nya melebihi had. Dia tahu kau kuat sebab tu Dia uji kau macam ni.” Syifa merenung jauh dalam mata Naufal. Cuba mencari kekuatan. Mujur ada dia mempunyai sahabat yang begitu memahaminya.

“Thanks, Ofa. Kalau kau, Nana dan Mel tak ada, aku tak tahu apa nak jadi dengan hidup aku.” Naufal tarik senyum.

“It’s okay. Kita kan best friends forever. Stop nangis, jom balik.” Syifa mengangguk.

****

            Dari sehari ke sehari berlalu. Satu email pun Kashaf tidak hantar kepadanya. Syifa pula hari-hari setia menunggu kepulangan Kashaf.

“Syifa, sampai bila kau nak macam ni ha? Muka monyok 24 jam, hari-hari tak ada mood. Kita orang ajak keluar, kau tak nak. Dengan muka kau macam kena sumbat durian ni, jangan kata costumer lari, aku pun dah naik fed up.” Nana ‘basuh’ otak Syifa cukup-cukup. Syifa meraup mukanya.

“Aku pun tak tahu lah sampai bila aku nak jadi macam ni.” Syifa mengeluh perlahan.

Susah betul nak singkirkan kenangan bersama Kashaf. Terlalu banyak kenangan manis yang dilalui bersama. Segala janji-janji mereka masih lagi mekar dan segar dalam ingatan Syifa. Bagaikan bermain-main dicuping telinganya.

“By the way, petang ni nak hantar Mel. Kau tak nak ikut?” Syifa kerut dahi.

“Hantar Mel? Mel nak pergi mana?” Nana tepuk dahi. Masalah betul kalau bercakap dengan orang putus cinta ni.

“Syifa Adrianna binti Adri, kan aku dah cakap minggu lepas yang Mel dapat sambung dia punya study kat Oxford.” Syifa dah garu kepala.

“Petang ni?” Nana angguk kepala.

“Oh my God, hadiah dia aku belum beli lagi. Macam mana ni?” Syifa dah gelabah unta. Tak senang duduk dibuatnya. Mati aku! Gerenti Mel merajuk dengan aku!

“Hai, girls!” sapa Naufal yang baru sampai dikedai kek Syifa itu.

“Hah! Kau datang tepat pada waktu! Ofa, jom teman aku pergi Mid Valley kejap.” Syifa dah bangun. Naufal tercengang.

“What? Apa semua….” Belum pun habis ayat Naufal, tangannya sudah ditarik oleh Syifa supaya mengikutinya.

***
           
            Kebetulan Mid Valley penuh dengan manusia. Sesak! Naufal sudah beberapa kali merungut. Mana tak merungut kalau dah empat kali tawaf, tangan masih lagi kosong.

“Cipa, kau nak beli apa sebenarnya untuk Mel? Aku penat lah. Kau cepat sikit boleh tak? Kau tak nampak ke guard tu dah tengok pelik kat kita?” Hish, Ofa ni. Membebel je kerja.

“Ish kau ni. Kejap lah. Aku tengah fikirlah ni apa aku nak beli.”

“Tengah fikir? Eh, aku tahu tak dari tengahari tadi tau kita ada dalam ni sampai pukul 3 petang dah. Kau tahu tak yang Mel nak terbang pukul 5 nanti.” Syifa berdecit.

“Haa, jom kita masuk kedai tu.” Telunjuk Syifa melurus tunjuk ke arah kedai teddy bear. Laju kepala Naufal mengeleng.

“Kau gila? Kau ingat Mel tu budak umur 12 tahun ke? Kita masuk kedai jam tu.”

“Aku nak save budget.”

“It’s okay. Kita share okay.”

“Suka hati kau lah.”

No comments:

Post a Comment