THEM.

Monday, 18 March 2013

Ofa Dan Cipa


Syifa bersila diatas katil sambil berselubung dengan comforter. Dia termenung panjang. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi namun matanya masih lagi tidak boleh ditutup. Jiwanya resah. Otaknya bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku siang tadi. Tiba-tiba pintu bilik terkuak.

“Wei Cipa! Kau tak tidur lagi?” tanya Naufal, suami sah pukul 1.45 petang tadi a.k.a sahabatnya. Dia menjeling.

“Berapa kali aku nak bagitau kau jangan panggil aku Cipa. Nama aku Syifa, S.Y.I.F.A, bukan Cipa, C.I.P.A!” Syifa menjeling tajam. Naufal mencebik.

“Cipa, ikut aku turun bawah kejap,” Syifa merengus. Dia menjeling Naufal.

“Aku korek mata tu karang.”

“Buat apa? Malas ah,”

“Kejap je. Kalau kau ikut aku turun bawah, confirm kau tak jumpa tangga naik bilik.” Naufal tersengih. Syifa membebel kecil. Dia turun dari katil. Kaki dihentak tanda protes.

“Sekali lagi kau hentak kaki kau tu, aku hentak kepala kau dengan siku aku ni. Nak?” tanya Naufal. Syifa berdecit.

“Cepatlah turun bawah. Tadi beria-ria sangat suruh aku ikut,”

“Yelah, yelah!”

*****

Sebaik sahaja tiba diberanda ruang tamu yang mengadap bukit itu, mata Syifa bersinar. Laju sahaja kakinya menuju ke arah meja segi empat itu. Dia duduk bersila dihadapan meja.

“Mana kau dapat benda alah ni?” tanya Syifa sambil matanya tidak berganjak dari dua buah kotak itu.

“Aku kirim kat Muqreez tadi,” kata Naufal yang sudah mengambil tempat dihadapannya.

“So, which one. Mana kau nak main?” Naufal angkat kening double jerk.

“Aku nak main Saidina.” Jari telunjuk Syifa melurus ke arah kotak berwarna putih itu. Naufal mengeleng.



“Tak nak! Aku nak main Sahibba!” Kotak berwarna hijau gelap ditarik dan dibuka penutupnya.



“Haip!” marah Syifa sambil mengetuk tangan Naufal. Penutup kotak Sahiba kembali jatuh.

“Tak adil! Kau tanya aku nak main yang mana satu then bila aku cakap, kau refused! Tak aci! Tak aci!” bentak Syifa.

“Apa aci-aci? Aci kat India. Tak pun, kat Batu Cave banyak. Tak kira! Aku nak main Sahiba jugak,”

“Ofa! Kita main Saidina lah.” Mata Naufal bulat.

“Apa kau panggil aku?”

“Ofa!”

“Apa? Tak dengar. Sekali lagi.”

“Ofa!!! Ke kau nak aku panggil kau Opah?”

“Buruk kot nama tu!”

“Habis, kau panggil nama aku Cipa, kau fikir nama tu cantik lah?!”

Krekk!

Dua-dua senyap. Muka syifa dah turun darah. Naufal telan air liur. Mereka memandang pintu bilik dibahagian dapur yang tiba-tiba berbunyi.

“Ofa, rumah ni tepi bukit kan?” tanya Syifa. Naufal mengangguk. Syifa menelan air liur.

Naufal berpaling memandang Syifa yang tidak berkelip memandang ke arah pintu itu, bagaikan menanti sesuatu. Satu idea terlintas dibenak Naufal. Naufal senyum jahat.

1…2…3…

“Warghhhhhhhhhhh!!!!!” sergah Naufal kuat sambil menepuk meja dengan tangan kanannya. Bergegar meja dibuatnya.

“Mak! Hantu katik!!!” Spontan Syifa bangun lalu kakinya luas melangkah meja. Tubuh Naufal diterpa kasar sehingga terhantuk kepalanya dengan dagu Naufal. Tubuh Naufal dipeluk kuat. Naufal mengaduh.

“Woi Cipa. Sakitlah kau hantuk kepala besbol kau kat dagu aku! Apa peluk-peluk aku pulak ni?” Naufal meronta melepaskan diri. Makin kejap pelukan Syifa.

“Hantu katik nak makan otak berharga aku wei,” kata Syifa perlahan. Seakan berbisik. Naufal dah bantai gelak. Siap tepuk-tepuk meja lagi.

“Kenapa kau gelak?” Dia masih lagi menyembunyikan mukanya disebalik dada bidang Naufal.

“Mana ada hantu katik. Aku yang sergah kau tadi.” Naufal bantai gelak lagi. Syifa angkat kepala. Dia merenung Naufal tajam.

“Ooo, best eh kau ketawakan aku. Kau fikir benda tu lawak ke?”

“Gila tak lawak? Aku syor kau masuk raja lawak!” Naufal ketawa lagi. Sampai berair mata dibuatnya.

“Tengku Zarith Naufal!!!” Bergema banglo dilereng bukit itu dengan jeritan nyaring Syifa. Naufal tutup telinga.

“Masya-Allah. Suara kau ada berapa oktaf? 5 tahun aku kawan dengan kau, baru malam ni aku dengan 
suara kau ala-ala pontianak mengilai.”

“Ofa, tak suka la kau usik aku macam tu. Takut tahu tak!” marah Syifa.

“Ololo, dah merajuk dah. Sorry okay. Lepas ni aku tak usik kau macam tu dah. Tak mau merajuk dah okay?” pujuk Naufal sambil mengerdipkan matanya. Comel je. Syifa mengangguk.

“Ni sampai bila kau nak peluk aku ni?” Serta-merta Syifa melepaskan pelukannya. Merona wajahnya.

“Sorry. Janji tak buat dah.” Syifa menayang muka selamba. Dia bangun.

“Eh, nak pergi mana pulak tu?” tanya Naufal pelik.

“Aku nak naik tidur lah. Penat. Mengantuk.” Naufal tersengih.

“Habis, siapa nak main dengan aku?”

“Kau main lah sorang-sorang.” Naufal mencebik.

“Good night, wifey!”

Buk! Sebiji kusyen melayang tepat mengenai muka Naufal.

“Padan muka! Sekali lagi kau buat gatal, bukan setakat kusyen tu, pinggan, mangkuk semua terbang kat muka kau nanti.” Muka Naufal mencuka.

************

Naufal mengetuk kuat pintu bilik Syifa. Apa minah ni? Takkan tak bangun tidur lagi kot? Padahal semalam dia yang masuk bilik awal.

“Cipa! Kau dah bangun ke belum?!” jerit Naufal sambil mengetuk pintu.

Setelah beberapa kali Naufal menjerit, barulah Syifa membuka pintu bilik dengan muka yang baru bangun tidur dan tubuhnya berkelubung dengan comforter. Naufal menepuk dahi.

“Apa kau ni pagi-pagi buta dah bising? Aku mengantuk lah Ofa.” Syifa mengenyeh mata. Kelat wajahnya memandang Naufal.

“Kau lupa eh hari ni kita ada breakfast dengan Nenda?”

“What?! Sekarang pukul berapa?” Kalut Syifa menarik tangan Naufal untuk melihat jam.

“Ofa, dah pukul 8 lah. Mana sempat.”

“Kau pergi je lah siap cepat-cepat. Tahulah aku nak goreng apa nanti.” Tangan Naufal menolak-nolak tubuh Syifa.

“Yelah. Yelah.”

**********

“Sorry Nenda. Kami lambat,” kata Naufal sambil menyalami Tengku Fauziah dan diikuti oleh Syifa. Wanita tua itu tersenyum manis.

“Takpe. Nenda faham.” Tengku Fauziah senyum penuh makna. Wajah Syifa sudah merah menyala. Naufal tersengih.

“Eh, apa berdiri je. Syifa, meh duduk sebelah Nenda.” Tengku Fauziah sudah menarik tangan Syifa. Syifa akur. Naufal mengambil tempat dihadapan Syifa. Roti dicapai dan disapu dengan jem lalu disumbat ke dalam mulut.

“Bonda dengan Walid mana Nenda?” tanya Naufal.

“Walid ada meeting. Bonda ada hal. Syifa, Nenda tanya sikit boleh?” Syifa yang sedang meneguk jus oren itu tersedak. Terbatuk-batuk dia seketika. Pantas Tengku Fauziah mengurut belakang Syifa. Naufal masih lagi leka menyumbat roti.

“Apa Nenda?” Janganlah Nenda tanya benda yang pelik-pelik. Tergagap-gagap pulak aku nak jawab nanti. Dengan mamat poyo ni selamba je buat dek.

“Macam mana Syifa boleh kenal dengan Naufal?” Naufal berhenti makan. Dia memandang Syifa. Syifa senyum jahat.

“Oh. Syifa dengan dengan Naufal masa tu kat basement parking lot Wangsa Walk. Masa tu Naufal hampir kena rompak. Syifa pergilah tolong. Lepas kejadian tu, kita orang kawan. Sampailah Naufal ajak Syifa kahwin.” Naufal sudah membulatkan matanya. Eh? Si Cipa ni belit cerita. Padahal aku yang tolong dia kena rompak. Ooo, nak kasi Nenda bangga dengan kau ye?

“Nenda, kalau Nenda nak tahu. Bukan Naufal yang ajak dia kahwin, tapi dia ni yang ajak Naufal kahwin. Tak sanggup tunggu lama lagi katanya. Takut Naufal dikebas orang.” Mata Syifa sudah membulat. Kakinya menendang kaki Naufal. Mencerun dia memandang Naufal. Tengku Fauziah tergelak.

“Tak kisah lah siapa yang ajak kahwin. Janji semua dah selamat. Dah, makan.”

*****************

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Setelah memastikan semua lampu dan aircond ditutup, Syifa bergerak ke pintu utama kedai keknya. Kunci dikeluarkan dari beg sandangnya dan dikunci pintu itu.



“Assalamualaikum!” tegur satu suara garau.

“Waalaikumsalam.” Syifa berpaling. Berderau darahnya melihat lelaki yang menegurnya.

“Syifa, awak okay?”

“Kashaf! Awak buat apa kat sini malam-malam buta ni?” Lelaki yang dipanggil Kashaf itu senyum sedikit. Tangan diselukkan ke dalam poket jaket saat angin malam menghembus kasar. Sejuk!

“Cari awak.” Syifa mengerut dahi. Lama dia memandang wajah Kashaf. Masih seperti dahulu. Hanya kumis nipis dibahagian dagu menambahkan lagi kekacakannya.

“Buat apa cari saya? Bukan awak dah buang saya?” sinis suara Syifa.

“Siapa kata saya buang awak?”

“Kalau tak buang apa? 2 tahun awak tinggal saya macam tu je. Tanpa khabar berita, awak cakap awak tak buang saya?” bentak Syifa. Tajam dia memandang Kashaf. Kashaf menghembus nafas perlahan.

“Syifa, kita pergi minum dulu?”

“Saya tak nak!”

“Okay. Syifa, sebenarnya saya nak minta maaf sebab saya abaikan awak. Saya tak berniat pun nak buat macam tu. Saya tahu saya salah.” Kashaf menunduk.

“Memang! Memang salah awak. Awak buat saya macam orang bodoh selama dua tahun. Awak ingat saya ni apa? Tunggul kayu? Patung cendana yang tak ada perasaan? Tak ada hati? Macam tu?!”

“Syifa, saya…” Tangan Syifa dah terangkat. Kashaf menghentikan percakapannya. Dia memandang wajah Syifa yang kelihatan seperti hendak menangis itu.

“Dah, cukup! Saya dah bosan dengar kata maaf awak. Apa yang saya nak awak tahu, saya tak nak awak muncul lagi dah hidup saya.”

“Tapi, kenapa? Takkan sebab tu, awak singkirkan cinta kita? Saya tak pernah curang pun dengan awak even dua tahun saya tinggal awak. Awak tetap dihati saya walau kemana saya melangkah. Awak dah lupa sumpah setia kita?”

“I said stop it, Kashaf! Jangan sampai saya ulang benda yang sama untuk kali yang ketiga. Tak payah nak ingat sangatlah sumpah setia bagai tu sebab saya dah lupakan semua tu saat awak tinggalkan saya tanpa khabar berita!”

“Tapi….”

“Dan saya dah kahwin, Kashaf!” Serentak dengan kenyataan itu, air mata Syifa luruh. Kashaf terpanar. Hancur berkecai hatinya mendengar kenyataan Syifa. Tidak berkelip matanya memandang Syifa.

“Dengan siapa?” Tajam dia memandang Syifa yang sudah basah dengan air mata.

“Naufal.” Riak terkejut terpamer diwajah Kashaf.

“Tengku Zarith Naufal?” Syifa mengangguk.

“Anak kerabat tu?” Angguk lagi.

“Naufal kawan kita tu?”

“Yes!”

“Tapi kenapa dia?!”

“Sebab dia ada disaat saya memerlukan seseorang disisi saya!” Saya sebenarnya terpaksa kahwin dengan dia sebab dia dah banyak tolong saya, Kashaf. Kalau tak bukan kerana dia, tak mungkin saya bernafas lagi. Saya terima tawaran dia untuk jadi isteri sementara. Namun itu semua tidak terluah keluar dari mulut Syifa.

“Sampai hati awak!” bentak Kashaf. Syifa mengangkat kepala.

“Apa awak cakap? Sampai hati? Sekarang ni, siapa yang sampai hati? Saya atau awak?! Mana awak pergi saat saya memerlukan seseorang disisi? Mana awak saat saya jatuh? Tak payah cakap pasal janji setia kalau awak sendiri yang tak boleh nak menepati janji awak. Jangan bersumpah kalau diri tu macam sampah!” Syifa menolak jauh tubuh Kashaf yang dekat dengan dirinya itu.

“Syifa, saya minta maaf,” tutur Kashaf perlahan.

“Get lost!” Pantas kaki diatur meninggalkan Kashaf sendirian. Wajahnya masih lebat dengan air mata. Hati turut sama menangis. Enjin kereta dihidupkan dan Chevrolet Cruze putih pemberian Nenda dipecut laju, pulang ke rumah.



************

Pintu rumah dihempas kasar. Naufal yang sedang menonton rancangan War Of The World itu terkejut. Pantas wajahnya dialihkan dari menatap skrin televisyen. Terkaku sebentar dia melihat wajah Syifa yang sudah beranak air mata itu.

Tanpa menghiraukan Naufal, Syifa berlari masuk ke dalam bilik. Beg dihempas kasar ke katil. Tangannya mengurut dada. Susah payah dia menenangkan diri sendiri. Tiba-tiba matanya terpandangkan Macbook Pro yang berada di atas meja. Pantas dia mencapai Macbook  itu. New tab dibuka dan jemarinya lincah menaip Youtube.com. Setelah laman web video itu terpapar, laju jemarinya menaip Jozan. Baik aku tengok Jozan dari menangis.



Naufal memanjat perlahan anak tangga. Kaki diatur menuju ke bilik Syifa. Sebaik sahaja tiba, Naufal melekapkan telinganya dipintu yang separuh terbuka itu. Terdengar hilai tawa Syifa. Biar betul minah ni. Tadi kemain melalak. Air mata dah  macam sungai beranak, sekarang dah tukar jadi Pontianak pulak? Pintu bilik Syifa ditolak. Terlihat Syifa yang sedang meniarap atas katil.

“Heh!” panggil Naufal. Syifa berpaling. Naufal buat muka terkejut. Ketawa tapi air mata macam air paip.

“Kau kenapa?” tanya Naufal. Rasa risau bermain-main dihatinya. Dia ni, gila ke apa?

“Kenapa apa? Aku okay,” serak suara Syifa menjawab. Naufal yang berdiri ditepi pintu bilik itu, bergerak ke arah Syifa. Syifa yang duduk meniarap itu, bangkit. Dia bersila diatas katil.

“Aku kenal lah kau, Cipa. Now, tell me. Kenapa ni?” pujuk Naufal. Suara sengaja dilembutkan.

Sebak kembali bertandang dihati Syifa. Perlahan dia merapatkan dirinya ke arah Naufal. Dipeluk kejap tubuh gagah itu. Naufal membalas pelukan Syifa. Dia cuba menenangkan Syifa yang kembali teresak itu.

“Ofa, dia dah balik.” Naufal mengerut dahi.

“Dia? Siapa dia?”

“Kashaf.” Naufal terkaku. Tangannya yang sedang mengosok belakang Syifa itu terhenti. Kashaf?

“Mana kau tahu ni?” tanya Naufal setelah agak lama dia berdiam diri. Syifa masih lagi berada dalam pelukannya.

“Tadi dia datang kedai,”

“Habis, kau terima dia?”

“Buat apa aku terima dia? Dia dah tinggalkan aku dengan sumpah setia sampah dia tu.” Naufal menarik nafas lega. Kalau dia terima si Kashaf tu, mampus aku nak jawab apa dengan Nenda, Bonda, Walid. Selamat, selamat.

“Ofa, kalau dia datang. Tolong pretend yang kita bahagia. Aku tak nak dia ganggu hidup aku lagi.” Naufal mengangguk.

**********

Syifa yang sedang leka menonton tv diruang tamu itu didekati. Naufal mengambil tempat disebelah Syifa.

“Cipa, Bonda bagi ni.” Naufal menayangkan dua keping kertas panjang dan sekeping pamphlet dihadapan Syifa.

“Apa tu?”

“Tiket.” Syifa mengerut dahi.

“Tiket? Tiket apa?”

“Kapal terbang dengan honeymoon.” Syifa tersedak. Dia terbatuk kecil.

“Hai, tak minum air pun boleh tersedak? Tersedak air liur?” Syifa menarik muka masam.

“Kat mana?”

“Bali.” Mata Syifa bercahaya.

“Amboi, mata. Kemain bersinar,” perli Naufal. Syifa tersengih.

“Jom, kita pergi.”

“Serius?” Syifa angguk.

“Tapi bilik asing.” Selamba Syifa meletak syarat. Mata Naufal sudah bulat.

“Kau gila? Kalau Bonda tahu macam mana?”

“Bonda takkan tahu kalau kau tak beritahu. Faham, anak mak?” Naufal menjeling.

“Bonda banyak kaki okay.” Syifa mengerut dahi.

“Banyak kaki? Aku tengok kaki Bonda ada dua je. Tang mana yang banyak tu?” Naufal tepuk dahi. Dia dah 
start bengong dia dah.

“Pandai jugak kau buat bebal kau eh?” Syifa tersengih.

“So, kena sebilik lah ni?” soal Syifa. Naufal mengangguk.

“Tak sukalah kena sebilik dengan kau.”

“Apasal pulak? Tak terliur pun aku nak sentuh kau.”

“Eh, kau ni kan.” Pantas tangan Syifa mencapai sebiji kusyen lalu dipukul Naufal berkali-kali.

“Hoi, apa ni?” Naufal berusaha mengelak serangan Syifa.

“Ni makan kau. Padan muka. Lain kali, buat lah perangai miang buluh kau tu.”

*****************

Syifa menyusuri Pantai Virgin atau lebih dikenali sebagai White Sand Beach yang terletak dibahagian timur laut Pulau Bali itu. Airnya yang terlebih jernih itu membuatkan hatinya bagai ditarik-tarik itu merasainya.
Syifa bergerak ke gigi air. Kakinya disapa air ombak yang perlahan. Sejuk! Syifa bergerak ke depan sedikit. Air pantai sudah paras lutut. Syifa menikmati keindahan pantai yang nyaman itu.



“Tak rugi kan?” Syifa yang sedang memejam mata itu membuka matanya.

“La, kau. Aku ingatkan Baim Wong yang tegur aku tadi.”

“Eh? Kau ingat cantik kau tu tahap Miss Universe sampai Baim Wong cemar duli nak tegur kau?” Syifa mencebik.



“Takat Miss Universe tu memanglah tak lepas. Tapi kalau, Ratu Kebaya tu, boleh la kot.” Naufal gelak kuat. Syifa dah menjeling tajam.

“Best gelakkan aku?”

“Orang gila pun cakap best.” Bertambah kuat gelak Naufa. Syifa bengang. Dia tunduk. Tangannya dibuka dan dia mengambil pasir basah. Dengan pantas dia membaling ke arah Naufal. Naufal yang sedang ketawa itu, menjerit.

“Woi, apa ni?” Naufal terpinga-pinga. Syifa sudah jauh berlari ke depan.

“Pasir! Tu pun tak kenal ke?” jerit Syifa. Kemudian dia ketawa sambil meneruskan larian.

“Hoi, main kasar. Mana aci.” Langkah dibuka. Naufal mengejar Syifa.

“Aci kat India!” Alamak, Ofa dah buka langkah panjang dia. Mati aku!

Syifa cuba membuka langkah lagi namun langkah Naufal lebih panjang. Naufal sempat meraih pinggangnya membuatkan dirinya terhumban ke belakang dan terlanggar tubuh Naufal. Naufal yang tidak sedia menerima hentakkan itu terjatuh ke dalam air dengan kedudukan Syifa diatasnya.

“Adoii, sakit pinggang aku. Kau makan apa Cipa?” tanya Naufal. Tangannya masih lagi tidak melepaskan pinggang Syifa.

“Aku makan kepala orang.”

“Ha?” Naufal blur.

“Ni tangan kau ni, bila nak alih? Nak tunggu aku suap kau makan pasir baru nak alih?” Naufal tersengih. Dia mengalihkan tangannya dari pinggang Syifa.

“Habis, bila kau nak bangun? Amboi, best landing atas badan aku?” Pantas Syifa berdiri sambil tersengih malu.

“See, habis basah.”

“Wuhuu… Amboi, pandai kau alih topik kan Cipa?”

“Hehe. Aku nak naik bilik.”

“Kau pergilah naik dulu. Aku nak tunggu sunset.”

“Okay!”

**********

Syifa yang sedang meniarap diatas katil dengan Macbook  itu dijenguk. Naufal mencebik.

“Woi Cipa. Dari kau mengadap gambar, video, tweet  Hairul Azreen tu, baik kau tengok muka aku ni. Ada faedah jugak,” rungut Naufal. Syifa mengangkat kepala.



“Salah?”

“Tak.”

“Dah tu?”

“Saja.”

Buk! Kusyen melayang lagi. Naufal gosok kepala.

“Apa ni Cipa?” Muka Naufal dah masam.

“Kusyen. Tak kenal?”

“Banyaklah kau.”

“Mana ada banyak. Aku ada satu je ni.”

“Menjawab!”

“Ada mulut, aku jawab.”

“Cipaaa.”

“Ofaaa.”

“Ish!”

“Haish!”

“Boleh gila aku layan kau.” Syifa tersengih.

“Kau yang kacau aku tengah mengadap boyfriend tercinta ni.” Naufal buat gaya meluat.

“Weh, esok pergi Pasar Mangga Dua, Jakarta nak?”



“Nak-nak!” Naufal senyum.

***************

“Ofa, lapar,” rengek Syifa. Naufal disisi dipandang. Entah kenapa hari ini mereka memakai baju warna sama.
Syifa memakai dress labuh berwarna biru pudar dan dipadankan dengan cardigan panjang berwarna kelabu. Rambutnya dipakaikan dengan snowcap hijau lumut. Naufal pula menyarungkan tee lengan paras siku berwarna biru pudar, jeans kelabu dan cap berwarna hijau. Dah macam sweet couple dah.

“Nak makan Nasi Ambeng?” Syifa mengerut dahi.

“Nasi Ambeng? Apa tu?” Naufal tepuk dahi.

“Kau tak tahu Nasi Ambeng tu apa?” Syifa mengeleng.

“Jom ikut aku.” Naufal menarik tangan Syifa supaya mengikutinya.


Naufal membawa Syifa ke salah satu kedai yang terdapat disitu. Setelah memilih tempat yang sesuai, Naufal memanggil pelayan.

“Nasi Ambeng satu sama Teh Sosro Ais dua,” pesan Naufal. Pelayan itu mengangguk dan berlalu pergi.

Nasi Ambeng.


Teh Sosro.


“Eh, kau tak makan?”

“Makan.”

“Habis tu, kenapa kau…” Belum sempat Syifa menghabiskan ayatnya, pelayan tadi tiba dengan Nasi Ambeng yang dilapik dengan daun pisang dan dua gelas The Sorso.

“Besar siot.”

“So, kita kongsi.”

“Okay!”

**************

“Amboi, baru pergi honeymoon seminggu dah termenung? Apa cerita?” tegur Nana.

“Ada-ada je lah kau ni. Mana ada aku termenung. Aku tengah double check sale bulan ni. Tak nampak?” balas Syifa sambil menunjuk ke arah Macbook nya. Nana tersenyum. Kerusi ditarik lalu dia duduk dihadapan Syifa.

“Tak payah nak double check sangatlah. Aku dah triple check dah.”

“Oh, ya ke?” Syifa cuba menutup malu.

“Hai.” Syifa dan Nana berpaling.  Serta-merta Syifa turun darah.

“Kashaf,” bisik Syifa perlahan.

“Hmm, Fa. Aku masuk dalam dulu lah. Nak tengok kek mana yang belum siap lagi. Korang berbual lah dulu.” Nana meminta diri.

“Buat apa kat sini?”

“Cari awak lah.”

“Nak buat apa?”

“Ajak lunch?” Syifa berdehem sedikit.

“It’s okay. Saya tunggu Naufal.” Kashaf termangu.

“Oh. Boleh kita cakap kejap?” Syifa mengangguk sedikit. Kashaf menarik kerusi dihadapan Syifa lalu duduk.

“Hmm, saya dah tahu kenapa awak kahwin dengan Naufal.” Syifa yang sedang main game Bowling 3D melalui tabnya terhenti. Dia mengangkat kepala memandang Kashaf.

“Awak kahwin dengan dia sebab terhutang nyawa kan? Sebab dia tolong awak masa awak hampir nak kena samun kat basement Wangsa Walk? Satu lagi, kedai kek awak ni kekurangan modal. Sebab awak rasa terhutang budi, awak terima masa dia minta tolong dengan awak kan?” Macam machine gun! Laju Kashaf menghamburkan persoalan. Muka Syifa sudah pucat. Dia kehilangan kata-kata.

“Memang. Memang dia kahwin dengan aku sebab dia terhutang budi dengan aku dan dia nak tolong aku. Tapi, perkahwinan kami bahagia. Dia bahagia disisi aku dan aku bahagia disisi dia. Sekarang kami saling mencintai.” Entah dari mana Naufal muncul terus menjawab semua persoalan yang diutarakan oleh Kashaf. Syifa bungkam. Kashaf tergamam.

Naufal mendekati Syifa lalu dicium lembut dahi Syifa. Menambahkan lagi kejutan Syifa. Syifa cuba mempamerkan senyuman plastik. Kashaf masih lagi tergamam. Terkaku dia melihat tingkah pasangan dua sejoli dihadapannya. Naufal melabuhkan punggungnya disisi Syifa.

“Kau sihat Kashaf?” tanya Naufal. Kashaf mengangguk.

“Aku minta maaf. Aku datang sini bukan nak ganggu wife kau.” Naufal senyum sedikit.

“Aku tahu. Kau datang sini sebab nakkan penjelasan kan? Semuanya dah jelas sekarang. Aku harap kau faham status Syifa.” Kashaf berdehem sedikit.

“Ya, aku faham.” Kashaf mengerling sedikit jam dipergelangan tangannya.

“I got to go. Ada kerja sikit. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Kashaf berlalu pergi.

Naufal pegang dada. Ya Allah, kenapa berdebar ni? Syifa masih lagi bungkam disebelahnya.

“Kau okay?” tegur Naufal.

“Okay. Anyway, kenapa datang?”

“Ni, Bonda kirim.” Naufal menghulurkan kotak sederhana besar yang berwarna putih itu.

“Apa ni?” Syifa menyambut huluran Naufal.

“Pavlova. Bonda buat semalam. Bonda cakap, hari tu kau teringin nak makan Pavlova yang Bonda buat ni kan. So, Bonda buat lah.” Syifa mengangguk. Iphone dicapai.



“Kau nak buat apa tu?”

“Call Bonda. Nak ucap terima kasih sebab buat Pavlova ni.” Naufal mengangguk.

**************

Naufal berbaring dengan lengan diatas dahinya. Terkebil-kebil matanya memandang syiling. Kenapa aku rasa lain bila dengan dia? Kenapa aku rasa berdebar? Kenapa semua ni rasa lepas balik dari Bali?

“Ofa!” Syifa berdiri tegak dihadapan katil. Naufal mengangkat kepala sikit.

“Nak apa?” tanya Naufal malas.

“Bangun lah. Jom main PS2.”

“Kau ni, tak habis-habis dengan PS2 kau. Aku penat lah Cipa. Hari ni banyak meeting. Kena lawat tapak projek lagi,” kata Naufal seakan mengadu. Syifa dah muncung. Dia bergerak ke tepi katil.

“Ofa, bangun lah. Kalau kau tak nak main, teman aku pergi dapur jom.”

“Dapur? Buat apa?”

“New recipe.”

“Kau nak buat apa?” Syifa mengetuk dagu dengan telunjuk.

“Sampai dapur nanti lah aku fikir. Pokoknya sekarang, kamu harus ikut aku.” Naufal ketawa mendengar Syifa menggunakan dialog Indonesia. Naufal bangkit.

“Jom!”

***********

Naufal menongkat dagu dimeja bar itu. Tekun dia melihat tingkah Syifa sedang membuat acuan kek cawan itu. Naufal bangun, dia bergerak ke arah Syifa.



“Meh sini aku buat. Kau pergi buat Banana Shake.” Naufal mengambil alih tugas Syifa.

Syifa bergerak ke singki. Tangan dibasuh. Syifa bergerak ke bakul buah-buahan disudut meja bar. Empat biji pisang diambil dan dikupas kulitnya lalu potong bulat. Pengisar buah dicapai dan pisang yang dipotong itu dimasukkan. Dibubuh sedikit esen vanilla dan beberapa ketul ais. Bahan-bahan tadi dikisar halus.

“Ofa, tuang air sikit dalam acuan tu.”

“Okay.”

Gelas tinggi dicapai lalu dituangkan acuan tadi ke dalam dua biji gelas itu. Syifa bergerak ke peti ais. Bekas aiskrim vanilla dicapai dan diskop ke dalam gelas. Chocolate syrup diambil dan dilayur ke atas aiskrim.

“Dah!” kata Syifa.

“Memang lah yang kau dah siap. Ni, cupcake kau ni? Bila nak siap?” Naufal masih lagi mengacau acuan tepung itu. Syifa bergerak ke arah Naufal.

“Ya Allah. Kenapa acuan ni jadi lembik macam ni? Kau tuang air banyak sangat eh?”

“Mana ada. Aku tuang sikit je kot.” Naufal membela diri.

“Sikit apa nya? Ni dah lembik rupa acuan cekodok dah.”
Syifa mencapai kotak tepung. Dicurah sedikit tepung ke dalam mangkuk itu. Sedikit je yang keluar isi kotak itu. Syifa mengangkat tinggi. Diintai isi dalam kotak tersebut. Naufal mengetuk belakang kotak dengan hujung telunjuk. Serentak isi kotak jatuh.

“Ofa!!!” Habis putih muka Syifa. Naufal dah gila bantai gelak.

“Kau main kurang ajar lah.”

“Mana aku tahu tepung tu nak jatuh.” Naufal sambung gelak lagi. Syifa sudah bengang. Tepung dicapai lalu disimbah ke muka Naufal yang sedang gelakkannya. Mati terus tawa Naufal.

“Hoi, apa ni?” Naufal menyapu mukanya. Dua-dua dah rupa hantu tepung dah.

“Itu makan dia.” Kini giliran Syifa pula mengelakkannya.

“Ofa, sekarang pukul berapa?”

“9 malam. Kenapa?”

“Oh my God! Fear Factor Selebriti Malaysia!”

“On TV cepat!” Syifa sudah berkejar ke hall. Naufal menyambar Banana Shake yang dibuat  oleh Syifa dan mereka berdua lepak depan TV dengan muka penuh dengan tepung.

*****************

“Wei bro, lepak nampak?” tegur Muqreez. Naufal yang sedang mengelamun itu tersentak. Dia melihat Muqreez yang selamba melabuhkan punggung dihadapannya.

“Kau fikir apa? Syifa?” teka Muqreez.

“Eh, apa kau merepek ni?” Naufal memandang skrin laptop.

“Pandai lah kau nak sorok. Aku nampak lately ni kau termenung je. Since kau balik dari Bali. Apa cer? Kau ceritalah. Mana tahu kot-kot aku boleh tolong.”

“Reez, aku rasa aku suka Syifa.” Tanpa perasaan Naufal menutur. Matanya masih lagi memandang skrin laptop. Muqreez dah terkejut tahap piawai beruk terkejut.

“Kau suka Syifa?!”

“Ofa, aku…” Syifa tergamam mendengar jeritan Muqreez. Bulat matanya memandang Muqreez dan Naufal silih berganti. Naufal dah mengelabah.

“Cipa, aaa… ak… aku,” Tergagap-gagap Naufal menutur. Syifa dah berlari keluar dari pejabat. Terbantut niatnya untuk mengajak Naufal keluar. Naufal bangun mengejar Syifa.

*****************
Sebulan selepas peristiwa itu, Syifa dan Naufal langsung tidak bertegur sapa. Masing-masing bagaikan orang asing.

“Kau sampai bila nak jadi macam ni?” soal Nana.

“Sampai bila-bila.”

“Boringlah aku tengok kau macam ni. Dah sebulan kau tak happy. Muak tahu tak?”

“Aku keliru,”

“Keliru? Keliru dengan cinta suami sendiri?”

Syifa mengangguk.

“Syifa, selama aku kenal Naufal, perempuan yang tinggal dia, bukan dia yang tinggal perempuan. Nak kata dia tak handsome, muka comel macam Alif Hadi dah. Nak kata tak ada duit, anak kerabat raja kot. Tu, maknanya dia setia. Bukan dia yang tinggal orang, orang yang tinggal dia.”

“Wang ringgit, muka comel tak menjanjikan bahagia.”

“Betul, memang duit, muka comel tak menjanjikan bahagia. Tapi, kalau kau dapat, tu seumpama bonus untuk kau. Selama tiga bulan ni kau stay dengan dia, ada dia buat kau menangis? Ada?” Syifa mengeleng.

“Haaaa, dah tu? Buat apa kau pening-pening kepala fikir hal remeh-temeh cenggini? Terima ajelah yang dia suka kau. Bukan payah pun. Tak mati lah kalau kau cuba suka dia.”

“Memanglah tak mati. Tapi masalahnya, hati aku ni. Masih lagi tak boleh terima. Dia kawan aku, tetiba nak simpan hati pulak. Selama aku kawan dengan dia, aku tak pernah nak ada niat suka kat dia tau.”

“Sebab hati kau tu dah simpan untuk Kashaf. Kepala kau tu dah set yang cinta kau untuk Kashaf.” Laju Nana mencantas kata-kata Syifa. Syifa terdiam. Tekaknya terasa berpasir. Matanya terasa hangat.

“Bawak-bawaklah ingat. Naufal tu suami kau tau. Hati seorang isteri adalah untuk suaminya. Berdosa kalau kau masih lagi simpan hati kat lelaki lain.”

“Tapi aku dah tak ada hati pun dengan Kashaf.” Nana mengeleng.

“Tu mulut kau yang cakap. Tapi, hati kau?” Lama Syifa mendiamkan diri.

“Aku balik dulu lah Nana. Nanti kau nak balik, kau kunci elok-elok tau kedai ni.” Lantas Syifa meminta diri setelah dia merasakan bahawa dia terperangkap dengan persoalan Nana.

“Syifa, Syifa,” keluh Nana.

**************
Sudah seminggu kata-kata Nana berlegar dikepalanya. Pintu bilik diketuk menyentakkan lamunan Syifa. Syifa yang sedang berkelubung diatas katil itu bangun malas menuju ke pintu. Pintu dibuka dengan terjengul wajah Naufal.

“Ehem, nak cakap sikit boleh?” Syifa mengangguk. Dia masih lagi berdiri tegak dihadapan pintu.

“Kau sayang aku?” Terpaku seketika Syifa dengan soalan mengejut Naufal. Mak oii, mukadimah tidak, terus bagi soalan nuclear? Syifa senyap. Naufal senyum sedikit melihat keadaan Syifa.

“Aku tahu, selama ni kau tak pernah simpan perasaan kat aku dan kau anggap aku ni sebagai kawan kau je. Aku sendiri pun tak sedar macam mana aku boleh suka kau tapi yang aku tahu aku suka kau lepas kita balik dari Bali. Banyak kan kenangan kita masa kat sana. Tengok sunset dan sunrise sama-sama. Makan Nasi Ambeng kongsi sama-sama. Pergi Pasar Mangga Dua pakai baju sama. Main lari-lari kat pantai Virgin sampai basah. Kau ingat tak?” sebak suara Naufal mengimbas kembali kenangan mereka. Syifa sudah basah dengan air mata. Dia mengangguk perlahan.

“Tapi hati kau bukan kat aku. Kasih kau, sayang kau, cinta kau untuk Kashaf kan? Aku sedar siapa diri aku. Lagipun kita dah janji tiada sayang dan cinta dalam tempoh perkahwinan kita.” Naufal berhenti bercakap. Dia memejam mata seketika. Mencari kekuatan untuk menyambung ayat. Gugur air matanya.

“Syifa Adrianna, aku lepaskan….” Belum sempat dia menghabiskan kata-kata, terasa lehernya ditarik oleh Syifa. Dia membuka mata. Dekat wajahnya dengan wajah Syifa sehingga bertemu hidung mereka. Terasa hangat nafas Syifa. Mereka sama-sama basah dengan air mata.

“Jangan sesekali terfikir untuk lepaskan saya! Jangan jadi bodoh. Awak suami saya! Kashaf tu siapa untuk saya? Awak ingat, senang-senang saya akan terima untuk awak lepaskan saya setelah semua kenangan yang kita buat sama-sama? Tengok Fear Factor dengan muka penuh dengan tepung, dengan bergaduh main Sahiba, Saidina malam pertama, jealous sebab saya tengok Hairul Azreen. Awak ingat senang saya nak lupa semua tu?! Bangkit Ofa! Sedar! Awak suami saya! Kashaf masa lalu saya, dan awak masa depan saya!” Naufal terpaku dengan suara tegas Syifa. Direnung jauh ke dasar mata isterinya. Bahasa yang digunakan oleh Syifa juga mengelirukannya. Saya-awak? Maknanya…..

“Awak terima saya sebagai suami awak?” Syifa mengangguk. Nana, betul cakap kau. belum cuba, belum tahu. Bersinar mata Naufal melihat anggukkan kepala Syifa. Dipeluk erat tubuh kecil itu.

“Saya nak minta maaf sebab selama saya jadi isteri awak saya banyak berkasar dengan awak. Pukul awak, masam muka dengan awak, kutuk awak semua. Sorry eh.”

“Saya dah maafkan awak.  Saya pun nak minta maaf dengan awak kalau saya pernah berkasar dengan awak.” Syifa mengangguk.

“Terima kasih,” bisik Naufal perlahan ditelinga Syifa.

“Sama-sama kasih.”

****************

To : Syifa Adrianna.
From : Kashaf Iman.

Maaf andai diri ini pernah menganggu hidup awak. Bukan niat saya menganggu isteri orang tapi mungkin saya 
tak boleh terima hakikat kehilangan awak. Awak cinta pertama saya. Tak mungkin sekelip mata saya dapat lupakan awak. Salah saya sebab hilang tanpa berita. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni terjadi. Jodoh awak dengan Naufal kuat walaupun permulaan awak berdua sebagai kawan dan tiada cinta. Allah maha Adil. Diisi perkahwinan awak berdua dengan rasa cinta yang tidak disedari.

Syifa,

Semoga bahagia dengan cinta hati awak. Doakan saya supaya bertemu jodoh yang boleh membahagiakan saya sama macam awak membahagiakan saya dulu. Jaga diri awak dan Naufal baik-baik. Assalamualaikum.


Syifa merenung email yang dikirimkan kepadanya beberapa hari lepas. Pergilah Kashaf. Semoga bahagia dengan orang yang kau cintai. Bunyi rengekkan menyedarkan Syifa. Pandangan dikalih ke kanan. Tersenyum dia melihat Ofa junior, Tengku Nazim Adrian bin Tengku Zarith Naufal. Sebijik copypaste wajah Naufal. Dia kini bahagia disamping Naufal dan Adrian. Doanya agar dia terus bahagia dengan lelaki yang disayangi.

TENGKU ZARITH NAUFAL A.K.A OFA.
SYIFA ADRIANNA A.K.A CIPA.

TENGKU NAZIM ADRIAN.
TENGKU FAUZIAH.
NANA.
MUQREEZ.
KASHAF IMAN.

No comments:

Post a Comment