THEM.

Wednesday, 27 March 2013

CERPEN : Skaters


Alif tiba di Extreme Park, Seksyen 13, Shah Alam itu tepat jam 3 petang. Tangan kanannya erat memegang Almost Mo Wood Day Deck yang berwarna putih merah. Lehernya tersangkut dengan Headphone Beats. Rambutnya yang di highlight perang itu ditutupi dengan DC Snapback Hat. DGK Haters Sunglasses Black sentiasa menutupi matanya dari terik mentari.

“Woi, Alif! Berangan lebih! Sini ah!” seru Padin  kuat. Padin atau nama sebenar, Fadin Haikal. Alif mengalih pandanganya ke arah Padin yang sedang melakukan trik diramp. Kelihatan Faith atau Rish Faith, Im atau Imran Qaish dan IK atau Iman Khalif juga disitu. Alif mengangkat tangan kemudian dia berlari ke arah 
sahabatnya.

“Woa, deck baru kot. Bila angkat ni?” soal IK sambil membelek deck merah putih itu.

“Semalam sampai. Aku dah beli tiga hari lepas.”

“Kau angkat mana? Online?” soal Im. Alif angguk. Dia memandang ke arah wall climbing.

“Aku tahu. Ni mesti kat Skate Warehouse kan?” teka Faith. Alif kembali memandang mereka.

“Haah. Banyak barang baru. Aku usha lah. Kebetulan berkenan yang ni. Nasib baik papa aku bagi elaun. Kalau tak, mau menangis depan Macbook nak benda ni.” Yang lain berdekah ketawa.

“Asal hari ni ramai orang hah?” soal Alif. Matanya liar memandang sekeliling. Cermin matanya masih belum ditanggalkan.

“Oh, hari ni ada group budak perempuan mana entah buat climbing kat wall sana.” Mulut IK muncung ke arah yang ditunjukkan. Alif angguk kecil.

“Aliya tak ikut sekali?” tanya IK. Kepalanya terjengah-jengah memandang ke arah Satria Neo hitam milik Alif. Mana tahu kot-kot adik sahabatnya ada. Alif yang sedang memutar wheel decknya tarik senyum.

“Dia ada group discussion dengan kawan-kawan dia. Exam dah tak lama dah. Mama aku dah jarang kasi dia keluar ikut aku,” jawab Alif. Kepalanya tidak diangkat untuk memandang IK. Dia masih leka memutar Plan B Ionic Wheel.

*************

“Assalamualaikum,” tegur satu suara.

“Waalaikumsalam.” Serentak empat suara pecah menjawab salam. IK, Im, Faith dan Padin memandang ke arah pemilik suara, cuma Alif sorang ralit memandang deck barunya.

“Boleh tahu siapa nama Alif Hadi?” tanya gadis tersebut. Alif mengangkat kepala. Terpegun sekejap dia memandang gadis itu. Cantiknya!

“Dia.” Im tunjuk ke arah Alif yang sedang duduk mencangkung  itu dengan mulutnya.

“Kenapa cari dia?” soal Padin.

“Abang Naz suruh panggil.”

“Kenapa dia panggil saya?” soal Alif sambil memandang tepat ke arah gadis bertudung bawal biru gelap  itu.

Fiyya menahan debar. Walaupun lelaki yang bernama Alif Hadi itu memakai cermin mata hitam, dia tetap dapat merasakan bahawa lelaki itu sedang merenungnya. Dia gelabah. Dah la aku ajak Theen, dia tak nak teman. Abang Naz pulak sibuk merayu suruh datang. Ish! Leceh betul lah.

“Safety rope ada problem sikit.” Fiyya pandang ke arah lain. Tak sanggup rasanya menahan lima pasang mata lelaki yang sedang memandangnya.

Alif bangun. Dia bergerak ke arah Fiyya. Fiyya berundur sedikit.

“Nama apa?” Terluncur keluar soalan itu dari mulut Alif. Yang lain terlopong. Hai, tak pernah-pernah Alif tanya nama perempuan, tup-tup hari ni tanya? Sampuk hantu mana ni?

“Hah?” Fiyya terpinga. Alif angkat kening.

“Mawar Safiyya. Panggil Fiyya.” Alif pandang Padin.

“Padin, aku ikut Fiyya pergi kat Naz kejap. Kau jaga elok-elok baby aku ni. Calar sikit, kau first person aku cari.” Padin sengih.

“Baik, boss!”

“Fiyya, jom.” Alif dah bergerak ke depan.

“Hah? Okay, okay.” Tergopoh-gapah Fiyya mengikut langkah Alif.

**********

Alif termenung dimeja bar didapurnya. Matanya masih lagi terbayang wajah manis milik Fiyya. Alif memejam matanya. Dia cuba menghadirkan bayangan Fiyya. Kulit Fiyya yang putih merah. Hidungnya mancung. Keningnya tebal. Alis matanya lentik. Sorotan matanya memakau pandangan Alif.

“Hoi abang!” sergah Aliya yang baru turun dari biliknya. Alif membuka mata.

“Kacau lah kau ni, dik.” Aliya bergerak ke fridge. Kotak Peel Fresh Orange dicapai dan penutup dibuka. Airnya dituang ke dalam mug. Aliya menyimpan kembali kotak itu dan bergerak ke arah abangnya.

“Abang, fikir apa?”

“Sibuklah.”

“Orang tanya pun nak marah?” Alif menjeling adiknya. Lama dia berdiam diri. Memikir bagaimana mendekati Fiyya. Tiba-tiba dia tersenyum. Iphone dikeluarkan. Nombor Naz didail.

“Helo, Naz. Next week ada group buat wall climbing tak?” tanya Alif sebaik sahaja talian disambungkan.

“Ada. Kenapa?”

“Budak mana buat?” Alif ketuk meja dengan telunjuk.

“Group tadi.” Alif dah tarik senyum senang. Memang jodoh aku!

“Okay. Thanks for the information. Bye!” Iphone diletak diatas meja. Pandangan dikalih ke arah Aliya yang sedang meneguk jus orange itu.

“Adik, weekends minggu depan ikut abang.” Aliya mengerut dahi.

“Extreme park?” Alif angguk kepala.

“Habis, mama?”

“Tahulah macam mana abang nak pujuk mama.” Aliya mengangguk.

“Eh, kejap. Adik pelik lah.”

“Apa yang pelik?”

“Kenapa beria ajak adik keluar? Biasanya kemain payah. Ramai lelaki lah, nak balik lewat lah, mama tak kasi lah. Ni mesti ada something wrong ni. Baik cakap cepat. Kalau tak, adik tak nak ikut.” Alif merengus. Haila adik aku sorang ni.

“Tadi abang ada jumpa sorang budak perempuan ni tau. Comel sangat.” Alif pejam mata. Dia membayangkan Fiyya dihadapannya.

“Abang.”

“Apa?

“Perasan something tak?” Alif kerut dahi. Aliya yang terkebil-kebil dipandang.

“Perasan apa?”

“For the first time, abang puji perempuan comel.”

“Eh, selama ni abang puji apa.”

“Yea, tu abang puji mama, tokma, ucu dan adik  aje. Selain dari kerabat abang, mana ada abang pernah cakap.” Alif dah garu kepala dengar statement Aliya. Aliya dah angkat kening.

“Okay, abang cerita. Tapi janji, jangan bagitau mama. Promise?” Alif hulur jari kelingking.

“Promise!” Aliya menyambut jari abangnya. Alif tersenyum. Dia mula bercerita tentang Fiyya.

************

Alif mundar-mandir didapur mengikut langkah Puan Haryati. Puan Haryati ke kiri, dia turut ke kiri. Bila Puan Haryati ke kanan, dia turut sama.

“Ala mama. Boleh lah. For the last time. Lepas ni, abang janji tak bawak adik keluar dah,” rengek Alif.

“Alif Hadi. Berapa kali mama nak kena cakap? Not allowed. Faham tak? Adik tu nak exam la abang.”

“Yea, I know. Tapi tak boleh lah mama nak pressure dia. Bagi lah dia bernafas sikit.” Puan Haryati dah cekak pinggang.

“Ni kenapa degil ni?”

“Mama please…” Alif kelip mata beberapa kali. Berharap dengan buat muka comel, hati Puan Haryati akan cair.

“No.”

“Mama…”

“Alif…”

“Mama…”

“Alif Hadi!” Alif mengeluh.

“Okay. Abang naik bilik dulu.” Suara Alif dah macam orang merajuk dah.

**********

“Abang, mama panggil makan,” panggil Aliya.

“Abang tak nak. Kenyang.” Aliya kerut dahi. Sejak bila abang tak lunch? Aliya turun ke meja makan.

“Abang mana?” soal Puan Haryati.

“Abang cakap dia tak nak. Kenyang.”

“Abang merajuk?” Aliya angkat bahu.

“Kenapa abang nak merajuk pulak ma?” Puan Haryati senyum.

“Adik tunggu kejap. Mama naik atas panggil abang.”

“Okay!”

Puan Haryati daki tangga menuju ke bilik Alif. Sebaik sahaja tiba dipintu bilik yang bercat hitam dan bertulisan putih ‘SKATEBOARDING IS NOT A CRIME’, Puan Haryati memulas tombol. Kelihatan Alif sedang meniarap diatas katil dengan telinga ditutup dengan headphone. Dinding yang bercat empat warna merah hati, hijau gelap, kuning terang dan turquoise gelap itu tertampal poster tentang skateboard, pemain handal skateboard dan rak dinding yang dikhaskan untuk skateboard  milik Alif. Beberapa replika skateboard mini tergantung disyiling bilik anak terunanya.

“Abang,” panggil Puan Haryati sambil mencuit hujung kaki Alif. Alif berpaling. Headphone dijatuhkan ke leher.

“Apa ma?” Dia bangun bersila diatas katil.

“Merajuk?”

“Mana ada.” Puan Haryati senyum. Dia duduk disisi Alif.

“Kalau tak merajuk, kenapa tak nak turun makan?”

“Kenyang.”

“Kenyang? Sejak bila abang skip lunch?”

“Err….” Alif mati idea.

“Dah, turun makan.” Puan Haryati dah bangun dan bergerak ke pintu.

“Ma, boleh lah weekends ni bawak adik keluar.” Alif masih lagi memujuk. Puan Haryati berpaling. Lama dia memandang wajah anak sulungnya yang penuh mengharap.

“Last. Lepas ni dah tak boleh bawak dia extreme park sebab tahun ni dia SPM except mama or papa yang suruh abang bawak dia keluar. Faham?” Laju Alif mengangguk. Matanya dah bersinar.

***********

“Walaweh, Liya ada lah hari ni,” kata IK.
Aliya yang berdiri disisi Alif itu senyum lebar. Tangan kirinya erat memegang Chocolate Anderson Knockout Deck. Rambutnya diikat ekor kuda. DC Knackpack Backpack hitam milik Alif digalas dibahu. Rayban hitam gah menutup matanya.

“Abang IK! Lama siot tak jumpa. Hilang mana?” Aliya menumbuk lembut bahu IK.

“Abang mana pergi mana-mana. Sini je hah. Maklumlah, orang tu dapat perintah berkurung. Mana nak nampak kita ni kan.” Faith, Im, Padin dan Alif dah bantai gelak. Aliya mencebik. Aliya memandang 
sekeliling. Matanya terpaku ke arah wall climbing.

“Abang, group wall climbing tu ke?” bisik Aliya. Alif mengangguk.

“Tapi, yang mana satu Mawar Safiyya?” Aliya masih lagi memandang kelompok budak perempuan di wall climbing itu.

“Adik nampak tak yang pakai tudung kuning tu?” Aliya mengangguk.

“Dialah Mawar Safiyya,” bisik Alif lagi.

“Eh, eh. Abang adik ni. Apa korang bisik-bisik? Rahsia negara mana ni?” soal Faith. Alif dan Aliya menyengih.

“Abang, pinjam Ipod.”

“Dalam beg.”

Aliya menyelongkar beg Alif. Ipod yang berwarna putih dan headphone hitam dikeluarkan. Beg kembali dizip dan digalas ke bahu. Ipod di switch on dan headphone ditarik menutupi telinga. Lagu dipilih dan putang play ditekan. Berdentum lagu Time To Share by Lab The Rat ditelinga. Aliya memandang Alif, Faith, Padin, Im dan IK yang sedang berluncur diramp.

“Abang!” jerit Aliya. Alif berpaling. Aliya menunjuk isyarat ke arah wall climbing. Alif angkat ibu jari. Aliya menjatuhkan deck. Kaki kiri diletakkan ditengah deck  dan kaki kanannya menolak lantai. Dia meluncur ke arah kumpulan perempuan itu.

**************

“Hai,” tegur Aliya kepada dua orang budak perempuan yang sedang rehat dibangku yang disediakan. Fiyya berpaling. Eh? Ni Alif Hadi versi perempuan ke?

“Hai.”

“Budak baru sini ke?” Aliya menanggalkan cermin mata hitamnya dan headphone ditarik jatuh ke leher.

“Haah. Saya Theena Syakirah. Panggil Theen je. Ni Mawar Safiyya. Panggil Fiyya.” Aliya tarik senyum. 
Sah! Tak salah orang. Abang, dia memang cun cun cun! Diterima kalau jadi kakak ipar!

“Saya Aliya Husna. Panggil Aliya.”

“Oh. Umur berapa?” tanya Fiyya.

“17 tahun.”

“Adik lagi lah ni. Akak berdua umur 24 tahun.” Aliya angguk. Dia bersila diatas deck.

“Datang sini dengan siapa?” tanya Fiyya.

“Abang.” Telunjuk Aliya menunding ke arah Alif yang sedang membuat backflip ditengah ramp itu. Mata Fiyya membulat memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Aliya. Oh, adik dia. Patut sebijik muka macam dia.

“Kak Fiyya kenal abang saya?” Soalan perangkap pertama Aliya. Fiyya kembali mengalih pandangan mata memandang Aliya.

“Tak lah kenal mana.”

“Abang saya comel kan? Macam saya.” Aliya dan Theen dah gelak. Fiyya tersenyum.

“Akak belajar lagi?” Fiyya angguk kepala.

“Samalah dengan abang. Kat mana?”

“UiTM.”

“Abang kat Lim Kok Wing. Course?”

“Akautan.”

“Serius? Nanti boleh lah akak jadi tutor Aliya. Nak tak?” tanya Aliya teruja.  Fiyya senyum serba-salah.

“Kenapa tak tutor dengan abang je?” tanya Theen.

“Abang ambil lawyer. Mana boleh ajar akaun. Nanti mabuk.” Aliya gelak lagi. Sebijik muka Alif. Fiyya senyum. Budak lawyer tapi addict skate.

“Kakak boleh ajar Liya?” tanya Aliya sambil memandang Fiyya dengan muka comel.

“Boleh.” Abang! Plan dah jalan! Nak je Aliya menjerit kesukaan namun ditahan.

“Macam mana nak contact?” tanya Aliya lagi.

“Liya ambik no kakak.” Tergopoh-gapah Aliya mengeluarkan Iphonenya dari beg galas Alif.

“012-3456789.” Kakak Comel. Save!

*************

“Abang, nak upah.” Alif yang sedang hirup Iced Vanilla Latte itu mengerut dahi.

“Upah apa?”

“Upah tak bagitau mama pasal Kak Fiyya. Upah dapat nombor Kak Fiyya.” Aliya angkat kening.

“Ni Big Apple ni, novel lagi. Bukan upah?” Dah nak kopak wallet aku dia ketuk, ni mintak lagi? Aliya dah muncung.

“Adik nak apa lagi?” tanya Alif.

“Nak Vans Iphone Case yang kita tengok online hari tu.” Alif garu kening. Kopak, kopak.

“Okay, okay. Anyway, nanti pergi tutor dengan Kak Fiyya, bagi dia ni.” Alif menghulurkan Altamont Friendship Bracelet yang berwarna-warni itu. Aliya menyambut huluran Alif.

“Adik nak satu,” minta Aliya. Alif dah bengang.

“Vans Iphone Case or Altamont Friendship Bracelet?”

“Both?” Aliya cuba kompromi.

“No.” Alif geleng kepala.

“Abang…” Aliya leret suara.

“Take it or leave it?” Mata Alif dah mencerun.

“Okay, fine. I choose Vans Iphone Case. Yellow colour okay.” Alif senyum sambil gosok kepala Aliya.

“Good girl.”

***********

“Adik mana ma?” tanya Alif. Dia merebahkan tubuhnya disofa. Dia memejam mata seketika. Penat dipejabat praktikal masih belum hilang lagi.

“Dalam bilik. Bad mood.” Puan Haryati menghulurkan Jus Mangga kepada Alif. Alif menyambut dengan kerutan di dahi.

“Bad mood? Kenapa bad mood?” Puan Haryati angkat bahu.

“Abang naik atas kejap. Nak tengok adik.” Puan Haryati angguk. Alif bingkas bangun. Briefcase turut dicapai. Dia daki tangga menuju ke bilik Aliya yang terletak disebelahan biliknya. Pintu diketuk.

“Tak kunci!” Terdengar suara Aliya. Alif senyum. Pintu dikuak. Terlihat Aliya sedang menekur meja belajar.

“Adik,” panggil Alif. Aliya pusing tepi.

“Apa? Tak ada mood nak gurau lah abang.”

“PMS? Ke bertumbuk dengan boyfriend?” Alif senyum comel. Aliya jeling. Dia kembali menekur meja.

“Adik, abang jumpa nilah.” Benda itu diangkat tinggi.

“Apa?” Aliya tak angkat kepala.

“Pusing lah sini. Kalau tengok meja, mana nak nampak benda yang abang jumpa ni.”
Aliya pandang Alif dengan malas. Sekejap dia ternganga. Pantas dia melompat turun dari kerusi dan bergerak ke arah Alif yang bersandar pada pintu bilik. Kotak coklat diambil dari tangan Alif.

“Abang, Vans Iphone Case!” jerit Aliya. Alif sengih dan angguk kepala.

“Abang, yellow colour.” Alif angguk kepala lagi. Aliya sudah menjerit kesukaan. Tubuh Alif dipeluk laju.

“Thank you baby bunny! I love you so much much much!” Pelukan dileraikan. Kotak coklat itu masih lagi dibelek.

“Ooo, dapat hadiah baru I love you so much much much bagai lah?” perli Alif. Aliya tarik sengih.

“Ala baby bunny dah sentap. Kalau tak dapat hadiah pun I love you jugak. Tapi much satu ajelah.” Alif buat rolling eyes.

“Dah cakap dengan mama nak tutor dengan Kak Fiyya?” soal Alif. Dia bergerak masuk ke dalam bilik Aliya dan merebahkan tubuhnya atas katil. Aliya melabuhkan punggungnya di kerusi.

“Dah.” Alif pejam mata. Penat kembali menular dalam diri.

“Mama bagi tak?”

“Mula-mula memang mama tak bagi sebab mama cakap dia tak kenal siapa Kak Fiyya. Lepas adik cakap nanti dia datang sini, mama kenal-kenal lah dengan dia. Tapi mama letak syarat.”

“Syarat? Syarat apa?”

“Tutor kat rumah sebab mama nak kenal Kak Fiyya.” Alif senyum.

“Kak Fiyya macam mana?” Kepala Alif dah hanyut.

“Mula-mula tak nak, tapi ni Aliya Husna lah.” Alif dah tak sedar apa dah. Aliya pandang Alif yang tidak memberi respon. Dia tepuk dahi. Haila abang aku ni la. Aku kemain cerita, dia dah masuk ‘alam barzakh’ dah.

****************

Fiyya leka memerhati Aliya yang sedang membuat Penyata Kos Pengeluaran untuk soalan SPM tahun lepas itu. Hidung mancung, bentuk muka yang kecil, kening terletak elok, alis mata yang cantik dan yang paling pasti senyuman dan tawa sebijik macam Alif Hadi! Dah macam photostate muka Alif je.

“Kakak, kenapa tengok muka Liya macam tu?” Fiyya tersentak. Kantoi!

“Abang mana adik?” Belum sempat Fiyya menjawab, Puan Haryati datang bertanya. Dulang yang ditatang diletakkan ke atas meja. Dia melabuhkan punggung dihadapan Fiyya dan Aliya.

“Ada, tidur.”

“Tidur? Mama masuk bilik dia, gelap je tadi.”

“Abang tidur dalam bilik adik lah.”

“Oh. Jemputlah minum, Fiyya.” Fiyya angguk sedikit dan senyum. Aliya kembali menyambung kerjanya.

“Dah lama kenal Aliya?” tanya Puan Haryati. Gaya nak menyiasat je. Aliya pandang ikut hujung mata.

“Baru je dua hari.”

“Oh, kenal kat mana?”

“Extreme park.” Puan Haryati sedikit terkejut.

“Main skateboard jugak ke?” Pantas Fiyya mengeleng.

“Tak lah aunty. Fiyya wall climbing.” Terpamer riak lega diwajah Puan Haryati. Tak logik pakai tudung tapi main skateboard. Salah tembak!

“Hai ma,” tegur Alif yang baru turun. Fiyya dah telan air liur sebijik-sebijik. Alif pula mengambil tempat dihadapan Fiyya.

“Abang nak makan?” soal Puan Haryati. Alif mengeleng. Dia leka memandang Aliya yang sedang menekan kalkulator itu.

“Besok teman adik pergi beli buku kerja kat MPH.” Alif mengangguk. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Fiyya.

“Kakak ikut sekali eh,” pinta Aliya. Fiyya tercenggang.

“Kakak kena ikut jugak ke?” Aliya angguk kepala.

“Kalau kakak tak ikut, macam mana Aliya nak pilih buku?” Aliya senyum comel sambil pandang Fiyya. Ni yang aku lemah ni. Lambat-lambat Fiyya angguk kepala. Aliya senyum senang hati. Kakinya mencuit kaki Alif yang berada dibawah meja.

**********

Alif dan Fiyya mengikut langkah Aliya dari belakang. Fiyya dari dalam kereta tadi kunci mulut. Sepatah ditanya, sekerat patah dijawab. Yang rancak berbual dan bergelak ketawa hanya Alif dan Aliya sahaja.

“Adik nak buku mana ni?” soal Alif ketika Aliya berhenti dibahagian buku-buku SPM.

“Kakak rasa buku mana?” Fiyya yang sedang membelek beberapa buah buku itu terpinga. Alif tarik senyum. Selalu sangat dia ni terpinga.

“Akaun kan? Kakak rasa buku ni kot.” Fiyya menghulurkan sebuah buku bank soalan Nexus. Alif mencapai buku tersebut. Eh? Ni Aliya ke dia nak ambik akaun ni?

Alif membelek-belek buku tersebut. Sesekali dia mengerut dahi.

“Kalau tak faham, tak payah belek. Saya dah bagi buku soalan yang selalu saya guna untuk SPM dulu.” Alif angkat kepala. Matanya mencari wajah Fiyya. Kemudian dia senyum sebaris. Buku dihulurkan kepada Aliya. Sekilas dia memandang pergelangan tangan Fiyya.

“Kenapa pandang tangan saya?” Fiyya menarik lengan baju menutupi pergelangan tangannya. Alif mengeleng perlahan. Hoi, dia pakai gelang tu hoi!

“Abang, lepas ni kita pergi makan okay. Adik lapar. Lepas tu, kita pergi main bowling. Dah lama tak main ni.” Alif pandang Aliya.

“Amboi, suka hati je.”

“Eh, mestilah. Bukan senang nak lepas dari perintah berkurung tau. Dah alang-alang Puan Haryati dan Encik Arash bagi kebenaran, kita kena pandai ambil kesempatan.” Aliya kenyit mata.

“Nanti abang report kat mama dengan papa nak?” gertak Alif.

“Sejak bila abang tak boleh bawak kompromi ni?” Alif tarik sengih.

“Kakak join sekali tau. Kita fight abang kaw-kaw.”

“Kakak pun kena main jugak?” Dua beradik itu dipandang. Serentak Alif dan Aliya angguk kepala.

“Tapiii…”

“No tapi-tapi!” Serentak lagi. Fiyya dah garu kepala. Alif sengih. Aliya ketawa.

***************

“Abang, bagilah adik strike pulak.” Aliya dah muncung. Alif pandang Aliya. Dia kemudian tergelak.

“Ala, haritu main dengan IK selalu je adik strike. Ni kenapa lemah semacam je ni?”

“Ala, abang IK tak pandai bowling. Dia master skate je.” Mata Aliya memandang Fiyya yang baru saja Spare.

“See, kakak pun spare. Adik ni, jangan kata strike, nak spare pun haram susah.” Fiyya tarik sengih.

“Hoi.” Alif, Aliya dan Fiyya serentak berpaling. Kelihatan Padin, IK, Im, dan Faith tersengih memandang mereka.

“Amboi Aliya. Siap main bowling bagai. Macam mana boleh lepas ni?” soal Faith.

“Kakak ipar tolong adjust mama.” Selamba ayat itu keluar dari mulut Aliya. Fiyya dah membuntang. Yang lain hanya ketawa.

“Berapa game lagi ni?” tanya Faith. Matanya memandang ke atas melihat markah yang terpapar diskrin. 
Dasyat minah ni main. Strike, spare je ni.

“Ni last. Asal?” Alif capai tin Revive. Air berkarbonat itu diteguk laju.

“Makan yok. Lapar.” Faith gosok perut.

“Mana?” Alif letak tin atas meja. Matanya memandang Aliya yang sedang membuat balingan. 6-pin je yang jatuh. Alif sengih mengejek.

“Kau belanja?”

“Hmmm.”

“Ni best pilih tempat ni. Korang nak makan mana?” Faith pandang Padin, IK dan Im.

“Hah! Aliya tahu.” Alif dah pusing 180 darjah pandang Aliya. Ah sudah! Kalau budak kecik ni set tempat, makan waffle lah aku bulan ni.

“Mana?” soal Padin.

“Leko Restaurant!” Alif dah tepuk dahi. Kan aku dah cakap. Mama! Bulan ni nak elaun lebih!

“Sokong! Kat The Curve right?” Padin pandang Aliya.

“Haah.”

“Ehem. Saya dah nak mintak diri ni.” Enam pasang mata pandang Fiyya serentak. Fiyya tersengih.

“Kakak nak balik dengan apa? Bukan kakak datang dengan kita orang ke?” soal Aliya. Fiyya sedang mencabut kasut itu dipandang.

“Taxi.”

“No no no. Kakak datang dengan kita orang, so, balik pun dengan kita orang.”

“Tapi…”

“No tapi-tapi.” Serentak enam suara pecah. Fiyya tepuk dahi.

**********

Lima bulan sudah berlalu. Hubungan Alif dan Fiyya semakin rapat. Kemana ada Fiyya, disitu ada Alif. Aliya pula sudah selamat terima 9A lurus dalam peperiksaan SPMnya. Jika dulu Alif liat menunaikan suruhan Allah, kini dengan bantuan Fiyya, dia semakin rajin. Rambutnya juga sudah dihitamkan kembali. Banyak 
yang sudah berubah.

“Abang, mama nak tanya sikit.” Alif yang sedang menonton Oggy and Cockroaches berpaling memandang Puan Haryati. Encik Arash yang sedang membaca surat khabar itu dipandang sekilas.

“Apa ma?”

“Abang dengan Fiyya macam mana?” Alif sengih.

“Macam tu macam mana?” soal Encik Arash pulak.

“Abang sayang dia?” Alif angguk.

“Kalau sayang nak tunggu apa lagi?”

“Bukan macam tu papa. Abang tengah kumpul duit lah ni. Nanti kalau tak ada duit, macam mana nak bagi anak orang makan?”

“Macam mana duit nak cukup kalau duk layan skate je. Pantang ada benda baru. Mula lah.”

“Abang dah stop la mama. Lagipun masa nak main skate dah limited. Busy dengan kerja semua.”

“Bagus lah kalau macam tu. tapi ingat pesan papa. Tak elok kalau lama-lama sangat.”

“Faham pa.”

****************

Alif dan Fiyya lepak di Publika Restaurant. Masing-masing melepaskan rindu setelah hampir seminggu tidak berjumpa. Memasing busy dengan kerja.

“Awak, haritu mama dengan papa tanya pasal kita,” beritahu Alif.

“Then?”

“Kita kahwin nak?” Fiyya tersedak. Uih! Tak romantika langsung.

“Kahwin?”

“Haah. Kenapa? Tak nak?”

“Bukan tu maksud saya. Saya ni kan ada ibu ayah lagi. Awak pergi lah hantar rombongan sana.”

“Okay.” Huwaaa!!! Alif tak romantikkkkk.

“Hai Alif.” Fiyya dan Alif angkat kepala. Kelihatan seorang perempuan cantik dan sedikit seksi berdiri ditepi meja mereka.

“Kau nak apa?” Alif pandang ke arah lain.

“I nak you!” Fiyya terpinga. Siapa dia ni?

“Kau dah lupa apa yang aku cakap masa kau tinggal aku?”

“Tak. I masih lagi ingat tapi I tahu you takkan mudah lupakan cinta kita kan baby? By the way, siapa ustazah ni?” Jari Emel menunding ke arah Fiyya.

“Kau jangan nak cari pasal eh kat sini.” Emel ketawa gedik.

“Buat apa I nak malukan diri I tengah orang ramai ni? Tak berbaloi you know. Anyway ustazah, have fun with my ex. Dia ni ‘best’ tau.” Emel berlalu sambil ketawa riang. Suka hati kerana berjaya meracuni fikiran Fiyya.

“Saya nak balik!”

“Tapi Fiyya…”

“Alif Hadi, tolong faham apa yang Mawar Safiyya rasa!” Alif angkat tangan tanda menyerah. Matanya menghantar pemergian Fiyya. Rosak rancangan aku. Jahanam punya Emel!

********

“Abang, kenapa Aliya ajak kakak hangout, dia tak nak?” tanya Aliya. Alif angkat bahu.

“Betul-betul lah!” Alif yang sedang mengadap Iphone, merengus.

“Manalah abang tahu.”

“Abang bergaduh dengan kakak eh?” Alif mengeleng.

“Mustahil!” Aliya membentak.

“Okay, fine! Emel datang balik.” Aliya ternganga.

“Apa perempuan tu nak?” Alif pandang Aliya.

“Entah la dik. Abang pun tak tahu apa dia nak. Tetiba hilang, tetiba muncul. Abang tak faham kenapa dia nak muncul sekarang. Masa abang tengah bahagia.” Alif mengeluh.

“Abang jangan layan perempuan gila tu. Ni kalau mama tahu ni, habislah.”

“That’s why abang tak nak bising-bising. Kakak pun marah dengan abang sekarang ni. Rosak plan nak hantar rombongan.”

“Abang tak pujuk ke?”

“Macam mana abang nak pujuk kalau abang call pun tak angkat, abang text tak reply.”

“Wait! Aliya cuba call Kak Theen.” Nombor Theen didail.

“Helo Kak Theen! Aliya ni. Akak kat mana sekarang? Extreme park? Dengan? Okay! Jangan bagitau yang 
Aliya nak pergi sana okay. Stay je. Nanti Aliya dengan abang sampai. Bye!” 
Aliya mengalihkan matanya memandang Alif. Alif angkat kening.

“Kakak ada kat Extreme Park dengan Kak Theen. Jom pergi sana!”

“Jom!” Alif bingkas bangun.

**************

“Macam mana awak tahu saya kat sini?” Fiyya pandang ke arah beberapa orang yang sedang berjoging. Alif disisinya tidak dihiraukan.

“Mana saya tahu awak kat sini tu tak penting. Ada yang lagi penting dari tu.”

“Pasal apa? Pasal perempuan yang kita jumpa haritu?” Fiyya senyum sinis.

“Let’s me explain please.”

“Sure.”

“Actually, Emel tu memang ex saya. Saya mengaku dulu, masa saya dengan dia, saya hanyut. Saya lupa segala-galanya tapi sumpah demi Allah, saya tak pernahh ‘sentuh’ dia. Saya sanggup junjung Quran Fiyya. Lepas dia tinggalkan saya, saya dah tutup pintu hati saya untuk mana-mana perempuan sebab saya tak nak hati saya dipermainkan lagi. Tapi Allah maha besar. Dia bagi awak kepada saya untuk saya bertaubat. Sebab tu saya cepat-cepat nak kahwin dengan awak.” Alif masih lagi setia memandang Fiyya.

“Terima kasih atas penjelasan awak tu tapi bagi saya masa untuk saya tenangkan fikiran saya.” Fiyya bangun. Dia memandang Alif sekilas sebelum berlalu pergi.

************

Fiyya yang sedang melipat sejadah itu terhenti apabila terdengar bunyi deringan telefon bimbitnya. Dia bangun. Telefon yang berada diatas meja solek dicapai. Private Number.

“Helo?”

“May I speak with Mawar Safiyya?”

“Speaking. Who’s there?”

“Emel. Do you still remember me?” Fiyya terdiam.

“Of course.”

“Good for you. I malas nak cakap panjang panjang dengan you. Let’s shoot my points now. I think you dah tahu kan apa tujuan I call you.”

“Sorry. I can’t get your point.” Kedengaran Emel merengus.

“Hei perempuan. You memang sengaja buat buat tak faham kan. You bukak telinga you tu elok elok and listen here. You jangan mimpi yang you akan dapat Alif. His mine! Walau apa pun yang terjadi, I akan pastikan Alif milik I!”

“Excuse me Cik Emel. Saya bukan nak tunjuk baik or whatever tapi saya cuma nak nasihatkan bahawa jodoh pertemuan, ajal maut tu semua kat tangan Allah. Kita hanya mampu merancang dan Allah yang tentukan. Dah kalau memang tertulis kat Loh Mahfuz yang jodoh awak dengan dia, bercinta lah saya macam mana pun saya dengan dia, kami takkan kahwin. Begitu juga sebaliknya.” Emel ketawa mengejek.

“Ceramah lah you sorang sorang. I malas nak dengar. Ingat Fiyya… Argh!” Terdengar jeritan panjang Emel seiring dengan bunyi hon yang kuat. Fiyya dah gelabah.

“Emel! Emel!” jerit Fiyya. Talian terputus. Fiyya mendail nombor Alif.

“Helo Alif! Awak kena tolong saya! Emel! Emel!”

“Kenapa dengan Emel? Dia buat apa kat awak? Awak tak  apa-apa ke?” suara Alif cemas.

“Tak, saya tak apa-apa cuma Emel. Tadi dia call saya tetiba dia menjerit dengan bunyi hon kuat. Saya tak tahu kenapa. Nak call back tak boleh sebab dia guna private number. Alif, tolong saya.” Suara Fiyya seperti hendak menangis.

“Okay okay. Nanti saya call kawan dia. Awak jangan pergi mana-mana tau.”

“Okay!”


Fiyya resah. Sudah sejam berlalu. Alif masih belum menghubunginya kembali. Telefon berbunyi, cepat-cepat Fiyya menekan butang hijau.

“Alif! Apa dah jadi?”

“I’m so sorry. Emel dah tak ada. Accident” Fiyya tekup mulut. Lama dia terdiam. Dia mengurut dadanya. Dia beristighfar dalam hati.

****************
Sebulan kemudian,

“Aku terima nikahnya Mawar Safiyya binti Mukhsin dengan mas kahwin yang tersebut.” Senafas Alif menyebut.

“Sah?”

“Sah.”

“Sah! Alhamdulillah.” Tetamu menadah tangan untuk doa kebahagian pengantin baru. Alif curi pandang Fiyya yang sedang bersimpuh disebelah Puan Haryati kemudian mereka sama-sama tersenyum bahagia. Ya Allah, biarkan hidup kami dalam redhaMu. Amin.

ALIF HADI.

MAWAR SAFIYYA.

ALIYA HUSNA.

THEENA SYAKIRAH.
IMAN KHALIF / IK.

FADIN HAIKAL / PADIN.


IMRAN QAISH / IM.

RISH FAITH / FAITH.

No comments:

Post a Comment