THEM.

Monday, 18 March 2013

CERPEN : Bukan Romeo Dan Juliet


“Maaf. Saya hargai perasaan awak terhadap saya tapi saya tak suka awak.”

Sebaris ayat membuatkan segala sendi Fatheen lemah. Terkebil-kebil dia memandang lelaki kacak dihadapannya. Ya Allah, malunya. Senyuman yang tadi mekar kini layu. Wajah Fatheen merah bagai disimbah asid. Malunya bukan kepalang.

“Hoi! Sudah-sudah la tu Fatheen Alia woi. Dah dia tolak cinta kau, buat apa lagi kau nak teringat kat dia? 
Kot-kot sekarang ni dia tengah berbahagia dengan kekasih hati, kau kat sini makan hati. Berbaloi ke?” bebel Fisha. Bosan dia melihat Fatheen asyik termenung sejak membuat pengakuan berani mati dihadapan lelaki yang diminatinya. Masih terbayang bagaimana riak terkejut lelaki itu apabila mendengar pengakuan Fatheen.

**********

“Ha?”

“Saya, Fatheen Alia binti Azmi, suka awak, Muhammad Farid bin Abdul Halim!” Sekali lagi ayat keramat itu meluncur keluar dari mulut comel itu. Makin terpinga Farid dibuatnya.

“Tapi….”

“Hah! Saya tahu, mesti awak pun suka saya kan?” tebak Fatheen. Kening diangkat double jerk. Kemudian, dia tergelak-gelak kecil.

“Tak, bukan macam tu. Maaf, saya hargai perasaan awak terhadap saya tapi saya tak suka awak.” Mati terus gelak Fatheen.

**********

Sebiji kusyen melayang mengenai bahu Fisha. Dia tersentak. Tak perlu berpaling, sudah tahu dia yang dajalkan dia.

“Tadi marah aku berangan, sekarang apa kes kau pulak yang berjangkit ni?” tanya Fatheen.

“Aku teringat masa kau buat pengakuan berani mati depan Farid.” Selamba Fisha memberitahu. Mata Fatheen membulat.

“Tak kisah la kau nak fikir aku ni gila ke, hilang akal ke sebab buat kerja gila tu tapi yang aku tahu aku takkan berhenti stalk dia. Ingat tu!” tegas Fatheen.  Remote control dicapai. Siaran tv dialih satu persatu.

“Kau tak serik ke? Kita bukan zaman sekolah tau. Ni dah zaman universiti.”

“So? Salah aku suka dia?”

“Tak salah cuma bila dia dah bagitau kan dia tak suka kat kau. Stop la simpan perasaan kat dia,” nasihat Fisha.

“Fish, aku takkan putus asa macam tu je. Aku akan terus stalk dia. Aku akan buat dia suka kat aku. Kau tengoklah nanti. Ini azam Fatheen Alia binti Azmi!” kata Fatheen penuh yakin. Fisha sudah menepuk dahi. Otak terbalik ke apa minah ni? Dah gila meroyan Farid tolak cinta dia kut. Dah parah minah ni.

*********

“Kekadang hati ku bertanya, adakah dia dah berpunya, kerana diriku merasa, aku jatuh hati padanya.” Lagu Aku Suka Dia nyayian Ainan Tasnim didendangkan. Kad pelajar diputar-putar. Skinny merah dipadankan dengan peplum biru laut. Printed shawl merah turut dililit kemas dikepala. Beg jenama Converse gah tergantung dibahunya.

“Wait! Ya Tuhan, Ya Tuhan, Ya Tuhan! Handsomenya Farid hari ni. On camera! On camera!” Kelam-kabut Fatheen mengeluarkan Nikon D3100 dari beg Conversenya. Beberapa keping gambar candid Farid diambil. Dia tersenyum puas hati melihat hasilnya. Fisha hanya mengeleng kepala melihhat angin angau sahabatnya.

“Kau memang tak ada kerja lain eh selain dari kumpul gambar candid dia?” soal Fisha seraya melabuhkan punggung dikerusi dicafe itu. Fatheen masih lagi menilik gambar yang diambil sebentar tadi dengan senyuman meleret.

“Kau ni bising la, Fish. Biarlah aku nak ambil gambar dia pun. Kau jealous eh aku tak ambik gambar kau?” usik Fatheen sambil tersengih-sengih. Fisha buat gaya meluat.

“Tak ada maknanya aku nak jealous. Aku cuma penat tengok beratus-ratus keping gambar dia yang kau tampal kat dinding bilik kau tu. Bila aku masuk bilik kau, aku rasa dah masuk dalam muzium seni kau tahu tak? Tu belum campur dalam album lagi. Fatheen, bila kau nak taubat dari buat kerja gila macam ni?” bebel Fisha. Sakit hatinya melihat Fatheen seperti tidak mengendahkan bebelannya itu.

Fatheen mengeluarkan sepeket sticky note dan beberapa batang marker berlainan warna. Tersengih-sengih dia memandang Fisha. Fisha sudah menepuk dahi.

“Betul-betul dah parah kau ni. Kuat betul pengaruh Setia Hujung Nyawa. Dengar sini Fatheen Alia. Lepas ni kau jangan harap aku bagi kau tengok cerita tu lagi. Nanti entah apa  lagi kau akan terpengaruh pun aku tak tahu la,” rungut Fisha.

“Kau ingat idea kau bagus sangat? Tak dapat tengok kat TV, aku tengok kat internet. Zaman dah maju la Fish.” Terkekek-kekek Fatheen ketawa.

“Kau nak buat apa dengan sticky note tu?” tanya Fish. Malas mahu bertikam lidah dengan orang angau macam Fatheen ni.

“Kejap.” Fatheen menulis sesuatu diatas sticky note tersebut. Smiley senyum turut dilukis. Dia kemudian mengangkat sticky note tersebut dan menayangkan benda alah itu kepada Fisha. ‘SAYA SUKA AWAK

“Kau nak bagi kat dia?” tanya Fisha. Fatheen mengeleng kepala.

“Dah tu?”

“Aku nak tampal kat buku dia,” kata Fatheen sambil tersengih.

“Suka hati kau lah nak buat apa pun. Jangan menyusahkan aku dah,” pesan Fisha. Dia penat untuk terus menasihati Fatheen yang keras kepala ni.

*************
Fatheen duduk bersila diantara rak-rak buku diperpustakaan.  Bila dia nak bangun dari tempat dia ni? Sticky note dibelek-belek. Kemudian, dia menjengukkan kepalanya ke arah tempat duduk Farid yang sedang menelaah itu. Mulutnya terkumat-kumit mengikut lirik lagu yang didengari dari Ipod menggunakan earphone itu.

“Hoi minah. Yang kau duduk bersila bertapa kat sini kenapa? Dah tak ada kerusi meja kau nak duduk?” tanya Ona, rakan sekuliahnya yang kebetulan ternampak Fatheen.

“Kau diam lah Ona. Kau tak tahu misi jihad aku,” jawab Fatheen. Ona mengerut dahi. Misi jihad? Kepalanya turut sama terjenguk bila Fatheen menjenguk Farid. Lantas dia mencebik.

“Jihad la sangat. Wei, kau nak tahu tak. Jihad kau ni tak mendatangkan pahala langsung. Baik kau pergi tolong mak cik cleaner kat luar tu ke ataupun….” Belum habis Ona membebel, Fatheen sudah berdiri menutup mulut Ona. Bingit telinganya mendengar celoteh Ona.

“Eee, bisinglah kau ni Ona. Ni ikut gene mana ni? Mummy kau ke daddy kau? Macam murai hilang ekor. Kau tahu?” bebel Fatheen.

“Silent please,” tegur penjaga perpustakaan yang ketika itu lalu ditempat mereka. Fatheen mengangkat tangan tanda meminta maaf.

“Ona, nak pahala free tak?” tanya Fatheen apabila penjaga perpustakaan berlalu. Ona angkat kepala.

“Kerja amal ni berfaedah ke tak?” tanya Ona. Fatheen mencebik.

“Tak berfaedah bagi kau tapi berfaedah bagi aku.”

“Apa?!” bentak Ona sedikit kuat. Cepat-cepat Fatheen menekup mulut Ona.

“Bising la kau ni Ona. Nak kena halau ke?” Ona mencebik.

“Ona, kau pergi alihkan perhatian Farid. Aku nak stick note ni kat buku dialah,” kata Fatheen sambil menayang sticky note dihadapan muka Ona.

“Malas lah. Tak kuasa aku nak bercakap dengan Farid,” bantah Ona.

“Ala Ona. Boleh la, boleh la. Kau tak kesian kat aku ke? Hari tu cakap sayang aku. Lepas tu, kau cakap kau sanggup buat apa saja asalkan aku happy. Takkan benda kecil macam ni pun kau tak boleh tolong aku, Ona?” Fatheen guna reverse psychology. Ona kelihatan serba-salah. Fatheen tampal muka sedih namun dalam hati mahu dia bersorak sakan kerana pujuk rayunya termakan oleh Ona.

“Yelah! Yelah!” Ona berjalan menuju ke arah tempat duduk Farid.

“Farid, Miss Osyin cari kau,” kata Ona. Farid terpinga seketika.

“Kenapa cari aku?” tanya Farid. Ona buat roller eyes.

“Mana la aku tahu. Aku bukan busybody. Pergi jumpa dia. Dia ada kat bilik sebelah library ni,” beritahu Ona. Kalau Miss Osyin ada betul kat bilik sebelah, mati aku. Ona berlalu pergi. Farid kemudian bangun menuju ke bilik sebelah. Fatheen yang menyorok disebalik rak sudah ingin meloncat keriangan. Sayang kau Ona!!

Fatheen bergegas ke tempat duduk Farid. Satu buka nota Farid yang terdapat diatas meja dicapai dan dibuka. Dilekatkan sticky note berwarna merah hati itu. Buku ditutup dan diletakkan semula ditempat asal. Dia kemudian berlari menjauhi tempat duduk Farid dan keluar dari perpustakaan sebelum Farid nampak kelibatnya.

***************

“Fish! Nampak Ona tak?” tanya Fatheen. Matanya melilau mencari kelibat Ona yang kurus melidi itu.

“Kau kenapa cari dia?” Fisha bertanya.

“Nak belanja dia. Dia dah tolong aku semalam,”

“Tolong? Dia tolong apa?”

“Adalah.” Fisha memandang Fatheen tajam. Tergelak Fatheen dibuatnya.

“Ona tolong aku stick note kat buku Farid lah,” terang Fatheen. Fisha menepuk dahi. Masalah-masalah!

****************

Farid melambakkan sticky note yang berwarna-warni dengan pelbagai kata-kata romantis diatas meja kopi diruang tamu. Terbeliak mata Sherzz melihatnya.

“Biar betik? Banyak gila kot kau dapat sticky note. Serious kau dapat banyak ni dalam seminggu?” tanya Sherzz sambil tangannya ligat membelek sticky note yang berwarna ungu gelap yang tertulis ‘Awak Romeo saya.’

“Betul lah. Aku pun dah naik pening nak cari siapa punya kerja ni.”

“Kau shoot siapa?”

“Budak perempuan tu lah,” Fatheen ke?

“Budak pakai tudung belit-belit tu?”  Farid angguk.

“Yang comel-comel tu?” Angguk lagi.

“Yang mulut kecoh kepoh tu?” Lagi.

“Yang buat pengakuan berani mati depan-depan kau tu?” Lagi.

“Budak grafik tu?”  Farid dah bengang.

“Budak tu lah! Budak mana lagi. Dia sorang je ada motif sekarang ni.”

“Are you sure?”

“Siapa lagi buat kerja gila dalam kolej ni? Cerita sikit kat aku,”

Sherzz ketuk dahi. Ya tak ya jugak. Dalam ramai-ramai perempuan dalam kolej ni, budak Fatheen tu sorang je berani buat kerja gila ni. Tapi, tak cukup lagi ke pengakuan berani mata dia hari tu?

“Tapi kan Yed, macam tak boleh nak terima lah. Hari tu kan, dia dah bagitau kau yang dia suka kat kau tapi kau tolak. Takkan dia tak serik-serik lagi kot?” Farid mengeluh.

“By the way, esok Prom Night kan? Baju kau dah ada?” soal Sherzz. Farid tersengih.

“Ni Farid lah. Of course dah siap ‘tuxedo’ aku.” Sherzz buat gaya meluat.

“Partner?”

Senyuman Farid mati.

“Spoil!” rungut Farid. Sherzz dah tergelak.

“Jangan mimpilah kau nak dapat partner last minute. Semua dah ada partner. Kau pergi sorang-sorang la ye malam esok.” Farid mencebik.

********

Fatheen melangkah masuk dalam Dewan Kenanga. Banyak mata-mata lelaki yang menyorot ke arahnya. Fatheen buat tak tahu. Matanya meliar mencari kelibat Farid naumun tidak kelihatan. Takkan Prom Night tak datang kot?

“Cun wok kau malam ni?” tegur Ona. Ona tampil malam ini dengan dress labuh berwarna merah. Pashmina dililit rapi.

“Kau pun cun jugak meh.”

“Haruslah!”

“Yelah. Partner dengan Warish. Mau tak cun.” Ona tersengih.

Malam itu Fatheen mengenakan dress bertingkat berwarna turquoise. Tudung half-moon berwarna pink disarung teliti. Mukanya dirias cantik. Wedges 4 inci tersarung dikakinya. Fuh! Gila tak cantik.

“Aku blah dulu. Warish dah panggil dah tu. Have fun!”

Fatheen ditinggalkan keseorangan. Terkebil-kebil matanya memerhati sesekeling. Terlihat Fisha bersama Aie, budak Account. Sepadan! Fatheen hanya senyum apabila ada yang memujinya. Tiba-tiba matanya tertancap pada susuk tubuh yang dikenali. Farid! OMG! Handsome siot.

**************

Farid hadir dengan pakaian yang sempoi. Kemeja petak biru laut disarung dibahagian luar manakala baju T berwarna pink lembut dibahagian dalam. Dipadankan dengan jeans. Rambutnya dicacak-cacakkan.

“Ceh, pakai macam ni punya simple pun orang tegur handsome?” kata Sherzz.

“Dah nama pun jejaka pujaan ramai,” Berlagak! Farid tersenyum bangga.

“Tadi aku nampak Fatheen. Cun meh dia malam ni. Nasib baik aku kuat iman, kalau tak, dah lama aku mengurat,” beritahu Sherzz.

“Fatheen? Fatheen mana ni?” Farid menggaru kepala.

“Alah! Budak yang suka kau tu lah!”

“Sherzz, ramai tau suka aku.” Sherzz mencebik.

“Fatheen Alia Azmi. Budak grafik. Yang buat pengakuan berani mati tu. Kenal?”

“Oh. Mana dia? Tak nampak pun.” Mata Farid mencari kelibat Fatheen.

“Tu, tengah tengok kau dari tadi.” Sherzz memuncungkan mulutnya ke arah tempat. Mata Farid turut menghala ke arah yang ditunjukkan. Tak terkelip sekejap mata Farid. Fuyoo! Cun beb!

Fatheen gelabah. Dia pandang sini! Dia tengok aku! OMG! OMG! Fatheen cepat-cepat melarikan pandangannya. Tiba-tiba dia terpandangkan Nazril. Nazril yang menjaga sistem bunyi pada mala mini. 
Senyuman terukir dibibir Fatheen. Dia melangkah ke arah Nazril. Ada kejutan untuk awak, Farid!

***********

Tiba-tiba lampu didalam Dewan Kenanga gelap. Suasana yang tadi tenang sedikit kecoh.

“Perhatian semua. Malam ni kita ada satu persembahan yang istimewa. Harap semua terhibur. Terimalah, Fatheen Alia dengan lagunya I Love You!” Bergema bunyi tepukan gemuruh selepas Nazril bercakap. Sherzz menyiku Farid.

“Dia perform weh,” bisik Sherzz. Farid buat muka tak tahu.

Lampu utama dipasang dan hanya dinyalakan dibahagian tengah pentas dimana duduknya Fatheen disitu dengan gitar diriba.

“Assalamualaikum dan selamat malam semua. Saya sebenarnya tak rancang pun nak ada atas ni malam ni tapi tetiba rasa bajet artis sebab semua cakap saya cantik malam ni, so saya ambik keputusan nak ada atas stage ni,” kata Fatheen melalui mikrofon. Semua terglak dengan loyar buruk Fatheen.

“Lagu ini saya tujukan buat seseorang yang saya suka dalam diam dan dia ada disini bersama-sama dengan kita. Saya harap awak tak lari lepas dengar saya nyanyi.” Sekali lagi bergema dewan itu dengan hilai tawa.

“Terimalah….” Gitar dipetik.

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah ataupun jemu,

 I’m sorry if I love you,
I’m sorry if I miss you,
Even if I can’t have you,
You know I’ll always be there for you

Mungkin kita tak bersama ditakdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia,
Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but I love you,
I’m sorry if I miss you,
Even if I can’t have you
You know I’ll always be there for you,
I’m sorry but I love you…..

 Sebaik sahaja Fatheen habis menyanyi, tepukan gemuruh bergema. Fatheen yang dari tadi memejam mata kini membuka mata. Tergamam dibuatnya apabila matanya bertemu dengan sepasang mata redup milik Farid. OMG! Kenapa mata dia dulu aku tengok?
***************
Fathenn duduk diatas rumput ditaman sambil memandang langit yang luas dan bulat yang bercahaya cantik.

“Hai,” Fatheen berpaling. Gulp! Farid! Dia buat apa kat sini?!

“Hai jugak,” balas Fatheen dalam tergagap-gagap.

“Nak duduk sini boleh?” Jari telunjuk Farid menunjuk tempat yang kosong disebelah Fatheen. Terangguk-angguk kepala Fatheen.

“Kenapa duduk kat luar?” tanya Farid.

“Saja. Ambil angin malam.”

“Awak ke yang bagi sticky note warna-warni kat saya?” Gulp! Kantoi ke?

“Kenapa awak tanya saya?” Farid senyum. Dia gelabah! Sah, dia yang stick note tu.

“Kenapa awak suka saya?” Fatheen paling muka ke arah lain lalu menepuk dahi. Kenapa dia tanya soalan cepumas ni? Menyesal pulak ajak dia join. Nak halau ke tak nak?

“Kenapa diam?”

Fatheen menarik nafas sebelum menjawab pertanyaan Farid. Mukanya kembali dipalingkan memandang Farid. Ya Allah, indahnya ciptaanMu.

“Saya tak tahu kenapa saya suka awak. Tapi, yang saya tahu, first time pandang muka awak, saya dah suka. Orang cakap love at first sight. Cuma bezanya, saya bertepuk sebelah tangan.
Ya, saya mengaku, saya yang stick note tu kat buku awak. Tak kisah lah awak nak cakap saya ni tak malu ke, perigi cari timba ke. Saya tak kisah. Tu cara saya bagitau kat orang tu bahawa saya suka dia. Dan orang tu adalah awak.”

“Oh. Tapi awak tahu kan yang saya takkan pernah suka awak pun kan.” Fatheen telan air liur. Terasa berpasir. Lama dia memandang ke dalam mata Farid.

“Okay. Saya faham.” Fatheen mengadah langit. Lama dia memandang bintang-bintang yang bertaburan dilangit.

“Cantikkan bulan?” kata Farid sambil memandang bulan. Fatheen tersenyum. Dia turut memandang ke arah bulan.

“Cantik dari jauh tapi buruk bila dekat.” Farid senyum sinis.
Fatheen bangun. Dia memandang Farid yang masih lagi mengadah langit.

“Farid, selama ni saya dah buat macam-macam. Pengakuan berani mati, stick note kat buku, menyanyi. Semua saya dah semua yang saya rasa patut untuk memberitahu yang saya suka awak. Tapi saya gagal. Saya gagal rebut cinta awak.

Farid, semoga bahagia. Saya nak tengok awak bahagia disamping dengan orang yang awak sayang. Awak tetap Romeo saya tapi saya bukan Juliet awak.” Farid berpaling memandang Fatheen.

“Semoga bahagia, Romeo.” Fatheen tersenyum sambil berlalu pergi. Pergi jauh membawa cinta yang tidak kesampaian. Selamat tinggal, Farid.

MORAL : Tak semua orang yang kita nak tu, kita akan dapat. Kita tak boleh paksa hati dia supaya cintakan kita macam mana kita cintakan dia. Jika dia menolak cinta kita, maka doa lah semoga dia mencintai orang yang dia cinta sebagaimana kita mencintainya.

FARID.
FATHEEN ALIA.
FISHA.
ONA.
SHERZZ.

No comments:

Post a Comment