THEM.

Monday, 22 April 2013

Novel : Ofa Dan Cipa Bab 5


BAB 5


            “Yang kau tercegat macam Tugu Negara depan butik ni kenapa?” sergah Nana. Pelik melihat Syifa masih lagi berdiri depan butik pengantin Alya’s Bridal. Butik pilihan Nenda Tengku Fauziah!

“Aku rasa macam lain. Takut pun ye.” Nana disebelah dipandang. Hai, hati. Kenapa berdebar semacam ni? Cuak bagai nak rak. Jangan macam ni, satgi kantoi dengan Nana karang, susah.

“Ada pulak macam tu? Syifa, kita dah ada depan butik dah ni. Kau cakap Nenda Naufal ada sekali kan? Nak takut apanya? Dahla, jangan nak banyak hal. Aku heret kau karang,” ugut Nana. Syifa semakin gementar.

“Kau yang excited macam kau nak kahwin ni kenapa?”

“Mau tak excited? Mestilah aku excited nak tengok kau pakai baju pengantin. Mesti cantik kan?” Syifa tepuk dahi. Melalut dah lebih ni.

“Eee, kau punya imagination dah over limit lah.” Nana ketawa riang.

“Dah, jom masuk!”

Nana dan Syifa melangkah masuk dalam Alya’s Bridal Boutique. Sekejap Nana dah melopong. Mak uih! Untunglah Syifa kahwin dengan orang kerabat. Dapat merasa pakai baju pengantin mewah. Terselit sedikit rasa cemburu dihati Nana, namun ditepis jauh-jauh.

“Hello, welcome to Alya’s Bridal Boutique, may I help you?” sapa penyambut tetamu itu dengan ramah.

“Saya, Syifa Adrianna. Boleh saya tahu tak Tengku Fauziah dah datang ke belum?”

“Oh, ni bakal cucu menantu Tengku Fauziah ye? Tengku dah sampai dah. Sini ikut saya.” Syifa dan Nana ikut langkah kaki si penyambut tetamu.

*****

            “Alya, nilah bakal cucu menantu saya, Syifa Adrianna. Syifa, ni wedding planner for your wedding nanti.” Perkenal Tengku Fauziah. Alya dan Syifa bersalaman.

“Cantik! Sesuai dengan Naufal,” komen Alya. Syifa tersenyum cuma. Tak payah lah nak puji lebih-lebih, nanti karang tak pasal-pasal aku perasan. Ops!

“So, Syifa. I dah design baju pengantin yang special for you. Lagipun, Tengku cakap dia nak baju ala-ala macam Kate Middleton. Mesti cantik bila you pakai,” kata Alya.

Baju pengantin yang tersadai diatas meja itu, diangkat tinggi. Nana yang duduk sebelahnya dah terlopong. Memang cantik! Sangat-sangat cantik! Dan sebijik macam baju pengantin Kate Middleton & Putera William dan Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim! Cuma bezanya, potongan leher tidak begitu luas. Adakah dia akan kelihatan cantik ketika memakai baju pengantin itu seperti cantiknya Kate Middleton dan Lisa Surihani?

“You try okay. Fitting room belah kiri sana.” Alya hulur gaun pengantin itu. Syifa pandang Tengku Fauziah. Tengku Fauziah tersenyum manis. Dia pandang pula Nana. Nana angguk kepala. Perlahan kaki diatur ke fitting room.

*****

            Didalam fitting room, Syifa semakin gelabah. Entah mengapa, hatinya terasa berdebar. Gaun pengantin itu sudah siap tersarung ditubuh. Cantik! Memang cantik! Padan dengan dirinya. Betul ke apa yang aku buat ni? Selepas beberapa kali menghembus nafas, Syifa melangkah keluar. Kaki diatur ke arah Tengku Fauziah, Alya dan Nana.

“See, I told you. Cantik sangat. Now, I try pakaikan you dengan tiara dan veil ni. Sit here,” arah Alya. Oh, tiara pun dah sebijik macam Kate Middleton punya!

Rambut yang tadi dijalin kemas itu, kini sudah dirungkai. Tangan Alya lembut bermain-main dengan rambutnya. Rambut Syifa yang lurus itu diblow dibahagian bawah. Kemudian, rambut dibahagian tepi kiri dan kanan diambil sedikit, dibawa dan diikat dibahagian belakang. Rambut dibahagian depan pula dikemaskan. Veil dan tiara selamat dipakaikan. Semakin terserlah kecantikan Syifa. Nana tidak berkelip memandang sahabatnya.

“So, how Tengku? Puas hati dengan hasil I?” Alya bertanya.
“Amazing! I like. So, about baju masa akad nikah?”

“Oh, yang tu. I dah siapkan. Nah,”

Tengku Fauziah menyambut huluran Alya. Hmm, cantik! Baju kurung moden yang berwarna putih polos itu menarik perhatian Syifa. Bahagian pergelangan tangan dan hujung baju itu sarat dengan batu permata yang berkilau. Kain pula abstrak dengan kain lace namun dilapik dengan kain satin. Juga sarat dengan batu permata.

“Syifa suka?” tanya Tengku Fauziah. Kepala Syifa dah terangguk-angguk seperti burung belatuk. Gila tak cantik!

“Good then. Lepas ni kita shopping barang hantaran pula tau.” Tengku Fauziah dah beri kata putus. Syifa garu kepala. Haila, saving belum cukup lagi ni Nenda.

“Errr… Nenda, Syifa rasa tak boleh lah.” Tengku Fauziah kerut dahi.

“Why?”

“Saving Syifa tak cukup lagi.” Terus Syifa patah tengkuk. Malu mahu mengadap wajah Nenda kesayangan Naufal. Tengku Fauziah senyum simpul.

“It’s okay my dear. Naufal tak bagitau Syifa ke yang semua benda Nenda sponsor? Dari hantaran hingga ke tempahan makanan. Semua under Nenda.” Syifa dan Nana dah melopong. Biar betul? Uiks, tuah betul si Syifa ni.

“Naufal lupa kut tu Nenda. Lately ni pun dia ada cakap yang dia banyak kerja.” Syifa senyum buat-buat. Yo o-o la tu Naufal nak bagitau kau yang dia busy. Memandai ye kau ni Syifa!

******

            Tepat jam 3 petang, mereka tiba di Pavillion. Syifa dimaklumkan bahawa Naufal turut sekali. Fuh! Nasib baik Naufal ada sekali, boleh dia cover line sikit. Nak harapkan aku, memang tergagap tak habis-habis. Nanti mau kantoi. Nak kena hadap marah family Naufal lagi, marah Nana lagi. Belum masuk Mel.

“Ya Allah budak ni, dia termenung pulak. Hai Syifa, cik abang dah ada kat sebelah, kau ingat kat siapa lagi?” sergah Nana. Syifa terpinga. Dia tersengih menutup malu.

“Errr… tetiba rasa rindu kat Mel. Dah la tak balik masa aku kahwin nanti.”

“Ala, nanti masa kau nikah dengan sanding, aku video call lah dengan Mel. Mesti meriah gila kan? Atotototo, dah tak sabar ni.” Eh Nana ni. Dia pulak yang lebih-lebih. Syifa dah sengih plastik. Tak sanggup rasanya menahan penipuan semua ni.

“Kalau macam tu, kahwin la cepat-cepat,” kata Tengku Fauziah sambil tersenyum.

“Ala, bukan Nana tak nak kahwin Nenda, calon yang tak ada.” Nana tayang muka sedih. Hamboiii, berdrama pulak kat sini!

“Nak Nenda carikan calon?” Nana sengih.

“Nana bergurau jelah Nenda. Nana tak nak kahwin lagi. Tak puas lagi enjoy.” Naufal cebik.

“Eleh, straight to the point jela yang kau ni tak laku.” Pecah tawa yang lain. Nana dah cemberut!

Monday, 15 April 2013

Novel : Ofa Dan Cipa Bab 4


BAB 4

         
          Sudah enam bulan pemergian Mel dan setahun kehilangan Kashaf, Syifa sentiasa menyibukkan diri. Dia sengaja buat begitu. Dia tahu, Mel juga senasib dengannya. Kehilangan ibu bapa sewaktu kecil dan ditempatkan dirumah kebajikan membuatkan mereka belajar menghargai wang ringgit. Mel bukan berduit untuk ulang alik dari Malaysia ke UK. Jadi, bukan mudah untuk mereka leraikan rindu yang bertamu dihati masing-masing. Hanya mampu skype sahaja. Kalau nak call tu, jarang sekali. Mahal kot. Mahu botak kepala kalau hari-hari call Mel.

“Hoi, termenung!” Naufal letak punggung dikerusi berhadapan dengan Syifa.

“Waalaikumsalam.” Naufal sengih. Syifa jeling.

“Hehe, assalamualaikum. Kau dah order?” Syifa angguk kepala.

“Apahal kau nak jumpa aku ni? Siap pesan jangan bawak Nana sekali. Masalah negara ke apa?” tanya Syifa. Sedikit musykil dengan pelawaan Naufal. Jarang mereka keluar berdua.

Naufal betul letak duduknya. Dia berdehem beberapa kali. Mukanya berkerut. Bagaikan ada masalah besar. Tapi, kok ya pun ada masalah besar, ada kaitan dengan aku ke? Ke nak minta tolong?

“Macam ni, haritu Nenda bunyi pasal kahwin.” Kenyataan Naufal membuatkan Syifa ketawa. Naufal dah tarik muka masam.

“So, what’s the problem? Just about marriage right? Kau kahwin jelah.” Naufal merengus. Mudahnya dia bercakap.

“Helo Miss Cipa. It’s about marriage. Perkahwinan. Pernikahan. Aku nak kahwin dengan orang yang cintakan aku. Yang boleh jaga aku sampai tua. Dan masalah sekarang ni, aku tak ada lagi orang tu.”

“Tengku Zarith Naufal, kat luar sana berlambak perempuan yang gilakan kau. Choose one and take her as your wife.”

“Apa kau ingat aku pilih baju?” Ketawa Syifa meletus lagi.

“Naufal, punya gila ramai yang nakkan kau, takkan  satu pun kau tak sangkut kot?”

“Tu bukan nakkan aku tapi gilakan harta yang aku ada.”

“Then tell me perempuan jenis apa yang kau nak? Yang mata biru hijau kuning? Yang kaki panjang? Yang rambut ikal mayang?”

“Aku nak orang yang boleh sayang aku hingga hujung nyawa dia. Orang yang cintakan aku dan bukan harta aku. Orang yang boleh jadi mama kepada anak-anak aku. Orang yang hormat aku sebagai suami. Orang yang hormat Bonda, Walid dan Nenda.  Tak kisah dia tu cantik ke hodoh ke, janji hati dia baik.”

“Amazing! Boleh tahan taste kau.” Syifa sedut Vanilla Latte.

“That’s why aku cari isteri bukan bini.”

“And kau tak jumpa lagi orang macam tu then macam mana kau nak kahwin?”

“Tulah yang aku tengah pusing sekarang ni. Nenda pulak sibuk suruh aku kahwin. Katanya umur aku dah 28 tahun. Dah tua. Like excuse me, 28 tahun tu muda lagi kot. Lainlah umur aku ni dah cecah 40-an. Kalau umur cenggitu, aku pun pening asal aku tak kahwin-kahwin lagi.” Ketawa Syifa pecah lagi.

“Kau carilah siapa-siapa. Suruh dia berlakon jadi wife kau. Lepas kau jumpa orang yang kau nak, terpulanglah kau nak buat apa.” Tiba-tiba mata Naufal bersinar.

“Kaulah.” Serta-merta mata Syifa membulat.

“What?!”

“Dulu aku tolong kau, sekarang kau lah pulak yang tolong aku.” Naufal seperti menagih janji.

“Tapi…” Ish, menyesal pulak aku bagi idea tu. Haa, kan dah makan diri.

“Cipa, kau je yang boleh tolong aku sekarang ni.”

“Naufal, it’s very complicated if aku jadi wife kau. Nanti mesti Nana dan Mel kata apa.”

“Peduli lah orang nak cakap apa.”

“Ooo, kau ingat best jadi janda?”

“Syifa, pleaseee…” Naufal buat muka sedih. Syifa mengeluh.

***

            Mata Nana membulat. Air liur terasa tersekat dikerongkong. Kerusi yang diduduki terasa bergoyang. Dunia bagaikan berputar. Kenyataan Syifa dan Naufal menggugat perasaannya. Biar betul nak kahwin? Bukan Syifa cinta mati ke kat Kashaf? Ni apa dah jadi?

“Korang nak kahwin?” Naufal dan Syifa angguk serentak.

“Are your sure?” tanya Nana sekali lagi. Ish, kena confirm betul-betul ni. Mana tahu kot-kot dia nak buat 
Wakenabeb. Mau malu setahun.

“Very…” Syifa buka mulut.

“Sure!” sambung Naufal tegas.

Makin terlopong Nana. Ni betul-betul bukan cubaan seperti dialog dalam cerita Seniman Bujang Lapok filem P.Ramlee. Wajah Naufal dan Syifa dipandang silih berganti sekali lagi. Seakan tidak percaya. Syifa yang kadang-kadang alergi dengan Naufal, tup-tup nak kahwin. Tak rasa macam ada ketam dalam mangkuk Maggie ke? Musykil musykil.

“Korang ni nak kahwin betul-betul ke kahwin olok-olok?” Tu dia. Nana dah tukar jadi polis sudah. Syifa dah gugup. Naufal disisi dikerling.

“Eh, ada pulak nak kahwin olok-olok.” Naufal menjawab.

Nana pandang Naufal tajam. Naufal dah goyah sedikit. Fuh! Pandangan mata Nana membunuh. Elok-elok aku nak tipu nanti terus kantoi dek mata dia. Tajam macam belati!

“Ya ke?”

“Kau ni nak support ke nak soal siasat macam polis? Tak happy ke kawan kau nak kahwin?” Naufal alih topik. Tak sanggup rasanya nak terus bersoal jawab lagi dengan Nana. Nanti lama-lama boleh terbongkar semua. Nana ni kalau dah dia musykil, mau dia korek rahsia sampai dia puas hati.

“Hailo hailo. Aku bukan tak percaya tapi aku rasa macam ada ketam dalam mangkuk Maggie. Yelah, korang ni kadang-kadang tak boleh jumpa. Kalau duduk semeja, ada karang pinggan mangkuk semua melayang. Tup-tup aku tau korang nak kahwin. Mau tak terkujat aku. So, family kau dah tahu?” Naufal angguk kepala.

“Dah bincang pun. Lagi sebulan, tunang kahwin sekaligus,” terang Naufal. Nana blur.

“Tak faham.” Huh! Betul lah Nana ni bebal! Apa yang susah sangat dia nak faham?

“Macam ni, Nenda nak buat majlis sekaligus. Kiranya pagi aku tunang, lepas zohor nikah, lepas isyak 
sanding.” Syifa pula terang secara terperinci. Mulut Nana dah muncung bentuk ‘O’

“Dah buat persiapan bagai ke?” Syifa pandang Naufal. Naufal pandang Syifa. Ah sudah! Kenapa ni?

“Nana, besok teman aku pergi butik boleh?” pinta Syifa. Nana kerut dahi.

“Eh, apasal dengan aku pulak? Kenapa tak pergi sekali dengan Naufal?” Nana pandang Syifa dan Naufal silih ganti. Aku rasa macam ada tak kena tapi tak tahu apa. Syifa dan Naufal dah telan air liur sebijik-sebijik.

“Aku ada kerja la esok. Meeting sampai ke petang. So, aku suruh Syifa pergi dulu,” kata Naufal. Ni bukan tipu tapi memang betul dia ada meeting.

“Okay!” Nana angguk tanda setuju. Naufal dan Syifa dah hembus nafas lega.


Novel : Ofa Dan Cipa Bab 3


BAB 3


            Jam menunjukkan pukul 4.45 petang. Naufal dan Syifa berlari masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa, KLIA. Boleh tahan ramai jugak orang padahal bukan musim cuti sekolah pun.

“Kau lah ni. Kan dah lambat,” rungut Syifa. Naufal kerut dahi. Aik? Dia yang lambat pilih hadiah, aku yang kena?

“Apa aku pulak? Kau yang lambat pilih jam tu.” Naufal bela diri. Syifa berdecit. Kepala yang buat pusingan tiga ratus enam puluh darjah mencari kelibat Nana dan Mel. Paper bag masih erat digenggam.

“Naufal! Syifa!”  Kelihatan Nana melambai tangannya. Pantas kaki Naufal dan Syifa bergerak ke arah mereka.

“Babe, aku ingat korang tak datang.” Mel dah peluk Syifa kuat.

“Mana boleh aku tak datang. Kawan nak terbang pergi Oxford kot.” Syifa tarik sengih. Pelukan dileraikan. Kalau nak tunggu Mel yang leraikan, mahu sampai UK dia tak lepas.

“Naufal, nanti mesti aku rindu nak buli kau.” Naufal dah bulat mata. Mana taknya, dalam ramai-ramai, dia selalu kena buli oleh Mel.

“Ada hikmah Allah kasi kau terbang jauh-jauh.” Giliran Mel pula bulat mata. Kurang garam sup ayam betul mamat ni. Nana dan Syifa dah ketawa.

“Sedih sikit untuk aku boleh tak?” Naufal pamer gigi. Pengumuman perlepasan ke United Kingdom sudah kedengaran. Suasana antara Naufal, Mel, Nana dan Syifa semakin sendu.

“Mel, ni aku dengan Naufal ada belikan kau jam. Kau buanglah jam buruk RM10 pasar malam kau tu. Ni, kami gantikan yang baru.” Mel yang sedang teresak itu tergelak kecil. Beg Prada itu disambut. Sekali lagi 
tubuh kecil Syifa dipeluk erat.

“Thanks Syifa. Aku sayang kau sangat sangat sangat sangat sangat!”

“Aku pun sayang kau Mel. Jangan lupa kami especially aku. Kalau tak, aku tumbuk kau.” Mereka ketawa.

Pelukan terlerai. Mel capai bagasi. Sukar untuk dia meninggalkan Malaysia, bumi dimana tumpah darahnya, tempat lahirnya. Namun demi menuntut ilmu, dia terpaksa. Terpaksa meninggalkan sahabat yang setia bersama dikala dia menangis. Dikala dia ketawa kegembiraan.

Tadi sebelum berangkat ke KLIA, dia sempat singgah di Rumah Kebajikan Penyayang. Dimana dia, Nana dan Syifa membesar. Rumah dimana dia mengenal erti bersyukur dalam hidup. Tempat dimana dia mengenal erti tabah disaat kehilangan. Selama 21 tahun dia tidak pernah lupa untuk pergi ke rumah itu. Namun disaat ini, dia terbang jauh. Jauh mencecah awan biru. Jauh dari sahabat yang sentiasa melindunginya. Perginya seorang diri. Ya Allah, Kau lindungilah hambaMu ini.

Perlahan kaki diatur ke balai berlepas. Passport dihulur kepada pegawai yang bertugas. Kian sesak dadanya apabila kaki bergerak ke arah eskalator. Tubuhnya dibawa kebawah namun sempat lagi dia melambai ke arah sahabatnya. Selamat tinggal sahabat, panjang umur jumpa lagi!

****

            Syifa letak punggung dikerusi yang disediakan. Sesak dadanya menahan sebak. Mel dah selamat cecah awan biru. Jika empat bulan yang lepas mereka kehilangan Kashaf, kini mereka terpaksa merelakan pemergian Mel. Semoga kau dapat penuhi cita-cita kau, Mel!

Syifa bawa pandangan matanya sekeliling airport. Hobinya memerhati gelagat manusia. Kadang-kadang tengok gelagat manusia ni lepas stress. Naufal dan Nana disebelah yang sedang berbual itu tidak dihiraukan. Tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh seperti Kashaf. Seperti terkena kejutan elektrik, Syifa berdiri.

“Kau kenapa?” Nana dan Naufal sudah berdiri disebelahnya.

“Aku rasa aku nampak Kashaf.”

“What?!” Serentak Nana dan Naufal terkejut. Syifa dah berlari dicelah orang ramai. Nana dan Naufal turut mengekori. Bimbang jika terjadi apa-apa.

“Syifa, aku rasa kau salah oranglah. Mana mungkin tup-tup dia muncul.” Nana melepaskan lelahnya. Penat dia mengekori larian Syifa.

“Betul, aku nampak dia. Lagipun dia tahu kan tarikh Mel berlepas?” Naufal angguk. Kian hebat detakan jantung Syifa.

Ya! Dia yakin. Susuk tubuh yang dilihat tadi adalah milik Kashaf. Milik lelaki yang dirindui siang malam. Tapi kenapa Kashaf melarikan diri? Kenapa Kashaf tidak mahu berjumpanya? Persoalan demi persoalan bermain dibenaknya membuatkan Syifa semakin sebak.

“Syifa, kita balik okay?” pujuk Nana. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Syifa tertekan. Dia tahu seksa rindu yang ditanggung oleh sahabatnya. Tangan Syifa ditarik supaya mengekori langkahnya.  

***

            Syifa berkurung di dalam bilik. Makan tak nak, minum pun tak nak. Ajak keluar cakap letih. Nana dah pening kepala. Tak sampai 24jam Mel pergi dia dah mabuk sorang diri melayan kerenah Syifa. Bukan merungut tapi dia tak boleh menangani keras kepala Syifa. Hanya Mel seorang sahaja yang mampu sabar dengan kerenah Syifa.

“Syifa, makan lah sikit. Nanti perut kau sakit masuk angin kang susah pulak.” Nana cuba memujuk lagi. Dah rasa macam tugu negara duduk tegak depan pintu bilik Syifa yang dari tadi tak bukak-bukak.

“Tak nak! Aku tak lapar!” Syifa melaung dari dalam bilik.

Nana mengeluh. Mel, ketahuilah kau bahawa aku sangat memerlukan kau disaat ini. Nana tarik nafas panjang. Cuba menenangkan perasaan sendiri yang kadang-kala tercabar dengan kerenah Syifa.

“Tu mulut kau yang cakap tapi perut kau? Syifa, keluarlah.” Lama Syifa terdiam. Menimbang pujukan Nana barangkali.

Tiba-tiba tombol pintu bilik bergerak. Nana yang bersandar pada pintu itu, berdiri tegak. Terjengul wajah sugul Syifa.

“Kita makan kat luar eh. Aku belanja.” Nana tukar taktik. Biasanya Syifa pantang dengar kalau orang nak belanja. Laju je dia mengangguk.

Tapi kali ini berbeza. Kepala Syifa geleng. Haila, cenggini punya brutal kawan aku boleh jadi lembik sebab putus cinta? Hebat betul penangan cinta Kashaf.

“Kalau tak nak keluar, nak makan apa? Dalam rumah ni ada dua bungkus Maggie kari je lagi,” kata Nana.

“Habis tu yang kau ajak aku makan jugak kenapa?” Nana tepuk dahi. Sabar Nana. Tarik nafas. Breath in, breath out. You can handle this.

“Bila aku ajak kau makan time maggie je ada dalam cabinet dapur, that’s mean, yang aku nak belanja kau, 
faham?”

“Tapi aku tak lapar.”

Suhu kemarahan Nana dah mencecah tahap seratus darjah celcius. Syifa betul-betul menguji kesabarannya.

“Syifa Adrianna, sepanjang hari ni cuba kau bagitau aku apa yang kau makan?”

Dalam kebingungan, Syifa mengeleng.

“Haa, perut kau tu kosong. Nothing. Zero. Empty. Bila perut kau kosong kosong macam lagu Najwa Latif tu maknanya kau kena makan. Kalau tak, kau akan dapat penyakit gastrik. Ada faham?”

“Yela, yela. Kita keluar makan. Tunggu sat, aku nak siap.”

Novel : Ofa Dan Cipa Bab 2


BAB 2
         
            
              Sedar tak sedar, sudah lima tahun persahabatan antara Syifa, Naufal, Nana, Mel dan Kashaf terjalin. Banyak kenangan pahit dan manis berlaku. Semua itu masih segar dalam otak masing-masing. Mereka bagaikan adik-beradik yang sangaat sweet dan perasaan cinta antara Syifa dan Kashaf masih juga tidak menjejaskan persahabatan mereka.

“Cipa, teman aku tengok wayang yok,” ajak Naufal. Syifa yang sedang menghiaskan sebiji kek itu mengeleng.

“Malas ah. Aku penat.” Naufal mencebik.

“Kau malas ke kau frust?”

“Kenapa aku nak frust pulak?”

“Kau ingat aku tak tahu ke yang Kashaf tu dah hilang empat bulan?” Okay, mulut tempayan mana yang pecahkan rahsia ni? Nana ke Mel?

“Mana kau tahu dia hilang?”

“Come on lah Cipa. Dia kawan aku juga. Impossible lah kalau aku tak tahu.” Part ni aku lupa.

“Kau tahu dia pergi mana?” Paip aising kek itu diletak tepi. Tubuh dibalikkan mengadap Naufal yang duduk ditepi singki.

“Tak. Last aku contact dengan dia tiga minggu lepas. Tapi dia tak bagitahu pulak dia ada kat mana.” Penjelasan Naufal tidak memberi sebarang harapan kepada Syifa. Patah seribu hatinya mendengar khabar bahawa Kashaf meninggalkan mereka tanpa sebarang berita. Hilang tanpa dijejak. Hilang dengan sendiri. Kashaf, apa salah kami?

“Dahla. Kau tak payah la nak sedih-sedih macam ni. Dia mungkin ada alasan yang kukuh kenapa dia pergi macam tu aje. Mungkin dia tak nak kau susah hati.” Naufal cuba memujuk Syifa yang kian tenggelam dengan perasaan itu.

“Tak payah sedih? Tak nak aku susah hati? Macam mana aku tak sedih kalau orang yang aku sayang hilang macam tu je? Macam mana aku tak susah hati kalau orang yang aku cinta pergi tanpa pamitan? Dia dah janji nak sehidup semati dengan aku Ofa, tapi dia tipu aku!”

Mata dan hidung Syifa merah menahan tangis. Alamak! Salah cara ni. Aduii, Cipa kau jangan nangis, aku tak reti nak pujuk! Naufal terjun dari tempat duduknya. Dia berjalan mendekati Syifa. Bahu Syifa dipegang lembut.

“Cipa, kau jangan nangis macam ni. Kalau betul dia sayang dan cintakan kau, dia akan kembali. Kau berdoa banyak-banyak okay? InshaAllah dia kembali. Cipa, kau dengar tak cakap aku ni?” Dagu Syifa dipaut lalu ditarik agar mengadap mukanya.

“Cipa, Allah tak uji hamba-Nya melebihi had. Dia tahu kau kuat sebab tu Dia uji kau macam ni.” Syifa merenung jauh dalam mata Naufal. Cuba mencari kekuatan. Mujur ada dia mempunyai sahabat yang begitu memahaminya.

“Thanks, Ofa. Kalau kau, Nana dan Mel tak ada, aku tak tahu apa nak jadi dengan hidup aku.” Naufal tarik senyum.

“It’s okay. Kita kan best friends forever. Stop nangis, jom balik.” Syifa mengangguk.

****

            Dari sehari ke sehari berlalu. Satu email pun Kashaf tidak hantar kepadanya. Syifa pula hari-hari setia menunggu kepulangan Kashaf.

“Syifa, sampai bila kau nak macam ni ha? Muka monyok 24 jam, hari-hari tak ada mood. Kita orang ajak keluar, kau tak nak. Dengan muka kau macam kena sumbat durian ni, jangan kata costumer lari, aku pun dah naik fed up.” Nana ‘basuh’ otak Syifa cukup-cukup. Syifa meraup mukanya.

“Aku pun tak tahu lah sampai bila aku nak jadi macam ni.” Syifa mengeluh perlahan.

Susah betul nak singkirkan kenangan bersama Kashaf. Terlalu banyak kenangan manis yang dilalui bersama. Segala janji-janji mereka masih lagi mekar dan segar dalam ingatan Syifa. Bagaikan bermain-main dicuping telinganya.

“By the way, petang ni nak hantar Mel. Kau tak nak ikut?” Syifa kerut dahi.

“Hantar Mel? Mel nak pergi mana?” Nana tepuk dahi. Masalah betul kalau bercakap dengan orang putus cinta ni.

“Syifa Adrianna binti Adri, kan aku dah cakap minggu lepas yang Mel dapat sambung dia punya study kat Oxford.” Syifa dah garu kepala.

“Petang ni?” Nana angguk kepala.

“Oh my God, hadiah dia aku belum beli lagi. Macam mana ni?” Syifa dah gelabah unta. Tak senang duduk dibuatnya. Mati aku! Gerenti Mel merajuk dengan aku!

“Hai, girls!” sapa Naufal yang baru sampai dikedai kek Syifa itu.

“Hah! Kau datang tepat pada waktu! Ofa, jom teman aku pergi Mid Valley kejap.” Syifa dah bangun. Naufal tercengang.

“What? Apa semua….” Belum pun habis ayat Naufal, tangannya sudah ditarik oleh Syifa supaya mengikutinya.

***
           
            Kebetulan Mid Valley penuh dengan manusia. Sesak! Naufal sudah beberapa kali merungut. Mana tak merungut kalau dah empat kali tawaf, tangan masih lagi kosong.

“Cipa, kau nak beli apa sebenarnya untuk Mel? Aku penat lah. Kau cepat sikit boleh tak? Kau tak nampak ke guard tu dah tengok pelik kat kita?” Hish, Ofa ni. Membebel je kerja.

“Ish kau ni. Kejap lah. Aku tengah fikirlah ni apa aku nak beli.”

“Tengah fikir? Eh, aku tahu tak dari tengahari tadi tau kita ada dalam ni sampai pukul 3 petang dah. Kau tahu tak yang Mel nak terbang pukul 5 nanti.” Syifa berdecit.

“Haa, jom kita masuk kedai tu.” Telunjuk Syifa melurus tunjuk ke arah kedai teddy bear. Laju kepala Naufal mengeleng.

“Kau gila? Kau ingat Mel tu budak umur 12 tahun ke? Kita masuk kedai jam tu.”

“Aku nak save budget.”

“It’s okay. Kita share okay.”

“Suka hati kau lah.”

Novel : Ofa Dan Cipa Bab 1


BAB 1

Syifa berjalan dibasement parking lot Wangsa Walk. Satu persatu kereta dilintasi. Keadaan dibasement sunyi. Beg plastik Popular digenggam erat dengan tangan kanan. Syifa menghentikan langkah apabila terasa bagai ada yang mengekori. Hish! Hantu Wangsa Walk mana ikut aku ni? Aku tak nak bela lah kau woi. Saka!

Tiba-tiba mulutnya ditekup dari belakang. Tangan kanan Syifa secara automatic refleks melibas beg plastic Popular yang berisi sebuah novel tebal pesanan Mel dan Lawak Kampus miliknya ke arah penyerang.

“Aduh!” Syifa berpusing mengadap penyerangnya.

“Woi saka! Apa kau nak hah?!” Dalam takut, Syifa cuba berani.

“Aku nak ajak kau main kahwin-kahwin.” Syifa blur.

“Kau buat lawak eh bodoh?”

“Dah aku tekup mulut kau, aku nak rompak kau lah bengong! Kenapa kau boleh lagi tanya soalan bodoh tu? Kau sekolah habis ke tidak?”

“Eh, Assalamualaikum sikit eh. Aku sekolah habis sampai form 6 lagi tau. 4 flat lagi. Dah habis degree pun. Aku tak ada duit!”

“Peduli apa!” Penyerang kembali menyerang Syifa. Badan Syifa ditolak ke kereta yang terdapat disitu. Lengan penyerang itu diletakkan dileher Syifa. Muka didekatkan ke muka Syifa.

“Jauh lah sikit muka kau tu. Mulut kau bau lah.” Dalam ketakutan, Syifa cuba melawak.

“Kau fikir kelakar ke bodoh?!” Penyerang itu menekan kuat leher Syifa dengan lengannya. Syifa semakin tercungap. Nafasnya tersekat.

***

“You tak faham I! You asyik sibuk dengan kerja you! Sikit pun you tak pernah nak fikir perasaan I. I ni apa bagi you? Patung? Naufal, I dah penat la macam ni.” Nafas Aulia turun naik menahan marah. Dia sudah tidak peduli dengan keadaan sekeliling.

“Sayang, you jangan macam ni. Orang tengok lah.” Naufal memujuk.

“I dah tak kisah orang nak kata apa. Dah la Naufal, I penat. I letih dengan you. I harap lepas ni you tak ganggu hidup I. I tak boleh hidup dengan dunia you.” Aulia berlalu pergi. Naufal meraup rambutnya. Stress aku! Kaki diatur ke arah parking lot. Balik rumah, tidur lagi bagus!

Sewaktu dia berjalan menuju ke arah kereta, mata Naufal menangkap sesuatu yang mencurigakan. Perlahan kakinya menukar haluan. Naufal kian mendekati. Ooo, kau nak rompak perempuan ye. Ni makan kau! serentak dengan itu, Naufal menerpa ke arah penyerang itu. Tubuh penyerang itu ditendang dari tepi.

“Aduh! Ni superman mana pulak ni?” Penyerang itu mengaduh.

“Superman kepala kau. Baik kau berambus dari sini kalau tak nak tidur dalam bilik besi!” jerkah Naufal. 
Syifa mengurut-urut lehernya yang terasa sakit. Jahanam punya saka. Tak cukup oksigen aku. Penyerang itu bangun. Dia menyapu tubuhnya yang kotor dengan debu itu.

“Hey perempuan, kau nasib baik sebab mamat ni ada. Kalau tak, dah lama aku buat arwah!” Penyerang itu mengangkat jari tengahnya kemudian berlalu pergi.

“Awak tak apa-apa?” tanya Naufal.

“Cis, ayat drama betul,” rungut Syifa.

“Ha? Awak cakap apa? Tak dengar.” Naufal mendekatkan mukanya ke arah Syifa.

“Aku okay. Sesak nafas sikit je. By the way, thank you for helping. Kalau kau tak ada tadi, rasanya 3 malam kot orang kampung dapat makan free.” Naufal tersengih.

“Kereta awak mana?”

“Tu.” Jari Syifa menunding ke arah Produa Myvi yang berwarna putih itu.

“Ehem, aku tak tahu nak balas budi baik kau ni macam mana…”

“Eh, takpa-takpa. Saya tolong ikhlas. Mungkin hari ni saya tolong awak, mana tahu nanti saya pulak dalam 
kesusahan. Boleh lah awak tolong saya.”

“Oh. Aku belanja kau makan eh?” Naufal angkat kening.

“Betul?”

“Ada nampak aku main-main ke?” Naufal tergelak. Boleh jugak. Balik rumah pun, kepala berserabut.

“Okay, jom.”

***

Syifa telan air liur. Masak aku! Bulan ni dah la income kurang. Mamat ni pulak bantai makan restoran mahal. Duit yang ada ni nak bayar sewa kedai kek tu lagi, gaji pekerja lagi, bil air bil elektrik, kereta, barang-barang kek lagi. Hadoii, basuh pinggan lah jawabnya. Syifa pandang sekeliling. Ish! Kalau Nana ke Mel ke Kashaf yang nampak ni, mau hangus aku kena gula.

“Awak tak selesa ke?” Syifa pandang Naufal.

“Eh, gila tak selesa duduk dalam restoran mahal cenggini.” Ambik kau sebijik! Naufal senyum.

“Habis tu, kenapa saya nampak awak gelisah je?”

“Oh, aku takut girlfriend kau nampak.” Naufal tergelak. Lawak jugak dia ni.

“Eh, kau tak payah nak saya awak dengan aku boleh tak? Aku rasa geli semacam lah.” Syifa bermain dengan sudu dan garfu yang disediakan.

“Dah tu?”

“Aku-kau.” Garfu dihalakan ke arah Naufal kemudian  kepada dirinya sendiri. Naufal mengangguk.

“Anyway, aku Naufal.”

“Aku Syifa.”

“Hah? Cipa?” Syifa jeling tajam. Boleh tahan kurang ajar jugak mulut mamat ni.

“Syifa! Syifa! Syifa! Bukan Cipa.” Naufal sengih.

“Kerja apa?” Banyak tanya la pulak mamat ni. Dah orang belanja makan tu, diamlah. Dahla demand restoran mahal. Aku jahit jugak mulut tu karang.

“Aku ada bukak kedai kek.”

“Oh, kat mana?”

“Bangsar.”

“Bonda aku selalu beli kek area situ. Apa nama kedai kek kau eh?”

“Cake’s Village.”

“Oh, tak kenal.” Naufal tersengih. Ish! Aku belasah jugak mamat ni.

“Kau pulak kerja apa?”

“Office boy.” Naufal dah senyum sumbing.

“Office boy kepala dia. Hoi, office boy tak pakai lah Tshirt Polo. Siap Iphone bagai. Standart office boy pakai bundle dengan handphone yang baling anjing, anjing pun koma.” Naufal gelak kuat namun cepat-cepat Syifa menendang kaki Naufal apabila beberapa pasang mata memandang ke arah mereka.

“Sorry sorry. Aku tak tahan nak gelak. Statement kau kelakar siot.”
Pelayan restoran tiba dengan makanan yang dipesan oleh Naufal tadi. Terbelalak mata Syifa. Mamat ni bela jerangkung ke apa? Siapa nak habiskan makanan punya banyak ni? Syifa tunduk.

“Kenapa tunduk?” soal Naufal pelik.

“Aku tengok perut aku. Macam mana aku sumbat semua makanan ni dengan perut aku yang slim ni? Hadoiiii.” Syifa garu kepala. Naufal ketawa.

“Tak payah nak fikir sangat. Kau makan je yang mana kau larat sumbat.”

“Kalau tak habis macam mana? Takkan nak tinggal kot. Membazir amalam syaitan.”

“Aku kan ada.” Terbeliak mata Syifa mendengar kata-kata Naufal.

“Badan taklah gemuk mana tapi kau yakin ke kau dapat habiskan makanan ni semua?” Naufal mengangguk yakin.

“Suka hati kau lah labu. Janji kau makan habis, tak membazir. Berbaloi sikit kalau duit aku habis.” Syifa mula makan.